NASIHAT BUAT DIRI SENDIRI

1). Wajah org yg duduk berzikir semalaman ditempat gelap akan bercahaya keesokan harinya sedang wajah org yg maksiat walau ditempat terang semalaman akan menjadi gelap dan kusam keesokan harinya. Terkadang orang-orang yang kasyaf tak sanggup melihat wajah ahli maksiat lama-lama kerana terlalu gelapnya.

2). Org yg akhlaknya tenang itu, tak mudah menyinggung dan tak mudah tersinggung. Suka menunduk ke lantai dan ramah lingkungan, tidak mengandung zat berbahaya.

3). Kita benci orang kafir, tapi yang kita benci adalah kekafirannya. Orangnya tetap kita sayangi. Yang perlu kita fikirkan dan usahakan adalah bagaimana mereka boleh dapat hidayah, sehingga mati dalam keadaan beriman dan masuk syurga. Bukan selalu memikirkan dan mengusahakan agar mereka cepat mati dan segera masuk neraka. Membunuh orang kafir tanpa mengajak dia beriman terlebih dahulu adalah suatu kezaliman yang besar.

4). Betapa banyak orang yang menjemput ajal di dalam kamar kecil, beruntunglah mereka yang tetap menghidupkan sunnah walau berada di dalam kamar kecil. 

5). Ulama bilang MASA DEPAN itu ada DUA. Masa depan jangka pendek dan masa depan jangka panjang. Masa depan jangka pendek dimulai dari detik ini sampai kita masuk kubur dan masa depan jangka panjang dimulai ketika kita masuk kubur sampai selama2nya.

6). Satu takbir yg kita ucapkan dgn ikhlas, maka cahayanya akan memenuhi langit dan bumi. Satu takbir yg kita ucapkan lebih baik daripada seluruh dunia seisinya. ALLAHU AKBAR!!

7).  WALAUPUN SELALU DALAM KEADAAN SUSAH TAPI JIKA PERJALANAN HIDUP INI ADALAH PERJALANAN MENUJU SYURGA MAKA BETAPA INDAHNYA. TAPI JIKA PERJALANAN HIDUP INI ADALAH PERJALANAN MENUJU NERAKA, WALAUPUN SELALU DALAM KEADAAN SENANG TERUS, MAKA AKAN MENJADI PERJALANAN YANG SANGAT MENGERIKAN. (Kyai Uzairon)

8).  Risau dengan keadaan umat manusia adalah sunnah Nabi saw yg tak boleh ditiru oleh orang-orang kafir dan munafik.

9). Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah berarti aku ini lebih baik dibanding kamu. Bukan juga yang paling sholeh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas. Seandainya seseorang itu hanya boleh berdakwah kalau dia sempurna, pasti bakal tak ada yang berdakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan (Imam Hasan al-Basri rah).

10). Kenapa ke dua bibir kita (atas dan bawah).Tidak bergerak sewaktu kita mengucapkan Kalimah LA ILA-HA ILLALLAH? Ayo coba sebut LA ILA-HA ILLALLAH. Kedu­a dua bibir kita tidak akan bergerakan? Kenapa dan mengapa? Jawapannya: Itulah Rahmat Allah yang amat besar ke atas hamba-hambaNy. Ini kerana seseorang yang didatangi Sakaratul Maut. Dia sudah tidak berdaya lagi menggerakkan seluruhnya tubuhnya, kecuali LIDAH nya saja.

11). Jika solat 2 rakaat kamu tak mampu menyelesaikan masalah dunia kamu, maka bagaimana kamu boleh berharap solat kamu boleh menyelesaikan masalah akhirat kamu? (Masyeikh). Pedagang yang sukses selalu mengingat waktu solat disaat dagang bukan mengingat dagangannya di waktu solat.

12). Boleh-boleh saja kalau azan di tuding mengganggu, tergantung siapa yang mendengar. Sebab, maksud azan antara lain membangunkan orang tidur. Namanya membangunkan, ya harus mengganggu. Setidaknya mengurangi masa tidur kerana harus segera bangun untuk solat. Maka, waktu azan subuh ada tambahan lafaz ashsholaatu khoirun minannauum (salat lebih baik daripada tidur). Memang harus bangun, meski bagi orang munafik itu sangat berat.

13). Siapa yang bangun tidur ingat Allah, maka sepanjang hari hatinya akan ceria dan siapa yang bangun tidur langsung ingat anak gadisnya orang maka sepanjang hari itu dia akan gelisah.

14). Dikepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati perempuan ada kelebihan, wanita lebih duluan masuk syurga daripada lelaki. Istri yang sholehah akan jadi ratunya bidadari dan memiliki kecantikan 70 kali lipat dari bidadari asli syurga maka bagaimana suaminya akan berpaling ke wanita lain jika kecantikannya sudah seperti itu. (Masyeikh).

15). Sebelum ahli syurga dimasukkan kedlm syurga, mereka di perintahkan untuk berjalan melewati barisan para ahli neraka dan seseorang akan mengenali salah satu diantara calon ahli syurga dan berkata “Eh, apakah kamu tidak mengenaliku lagi, saya yang pernah kasih ko durian 1 talaja…." maka ahli syurga tersebut mengenalinya, lalu memintakan dia ampun, serta menariknya ke dlm syurga, jadi, rajinlah bersedekah, siapa tahu!

16). DAKWAH adalah menyampaikan pesan Allah kepada Hamba2-Nya. DOA adalah menyampaikan pesan hamba2 kepada Allah. Sampaikan pesan Allah kepada hamba2-NYA maka Allah akan terima pesan2-MU!

17). Betapa banyak orang yng dulu punya ribuan teman didunia ini, tapi sekarang lagi meradang di kubur, tak ada yg mendoakannya. Teman yg baik adalah yg selalu berkata benar, bukan yg selalu membenarkan.

18). Tak ada nabi dari kaum Hawa. Tetapi seluruh Nabi keluar dari rahim mereka. Tanah yang subur akan keluarkan tanaman yang baik. Tanah yang gersang biasanya tumbuh pohon berduri. Wanita yang buruk walaupun dia istri seorang Nabi akan melahirkan anak yang kafir, lihatlah istri Nabi Nuh.

19). Sejam yg lalu menghadiri pesta pernikahan, sekarang lagi melayat drumah sepupu yg iparnya meninggal. Thats the circle of life!

20). Sepenggal kisah di padang mahsyar, seorang ahli maksiat diampuni oleh Allah asbab kesaksian sehelai bulu matanya yang pernah basah terkena air matanya yang mengalir pada suatu malam ketika teringat dengan Allah dan merasa takut atas-atas dosa- dosanya.

21). Allah suka sama orang yang mengingatnya di tengah kerumunan orang lalai dan tak suka sama orang yang lalai di tengah orang yang mengingatNYA. 

22). Ane pernah bilang sama anak metal, kalau kamu metal tak akan jadikan kamu kafir, tapi kalau kamu meninggalkan solat, boleh kamu jadi kafir tanpa sadar.

23). Tanda laki “hubbuddunya” itu boleh kita lihat ketika suara azan berkumandang. Mana yg mereka pilih? (bang derry suleman).

24). Kita selalu perhatikan dengan perawatan badan (dari rambut sampai kaki), padahal tubuh kita hujung-hujungnya akn jadi makanan cacing, tapi lupa untuk merawat rohani yg mana akan kekal selamanya.

25). Minta maaf itu biasa, memaafkan orang yang minta maaf itu luar biasa, tapi memaafkan orang-orang sebelum mereka buat salah pada kita adalah sangat luar biasa.

26). Sabar tertinggi dalam bergaul adalah mampu menahan diri untuk tidak membicarakan keburukkan teman-teman kita. Memang berat.

27). Hidup ini seperti bermimpi. Ada yg mimpi jadi raja, ada yg mimpi jadi kaya, ada yg mimpi sakit-sakitan terus, dsb dan kematian itu seperti terjaga dari tidur. Hidup sebenarnya dimulai di dalam kubur!

28). Sakit adalah penghapus dosa. Sahabat kalau lama gak sakit jadi sedih, jangan-jangan dosa-dosanya tak dibersihkan oleh Allah.

29). Walaupun kita boleh kembali ke masa lalu apalah gunanya, kerana smua yang terlanjur kita buat selama ini telah tercatat. Lebih baik kita perbaharui taubat dan mulakan semula. 

30). Harta adalah fitnah bagi wanita dan wanita adalah fitnah bagi pria.

31). Untuk jadi bahagia, kita tak harus jadi popular, jadi terkenal, tak harus jadi orang kaya. Tapi bina hubungan baik dengan Allah, pasti kita akan bahagia. (Salman Sakti Al Jogjawy).

32). Andai ketakutan kita kepada neraka sebanding dgn rasa takut kita kpd kemiskinan, niscaya kita bakal selamat dari neraka.

33). Penjajahan terhadap wanita belum berakhir! Jika dahulu wanita dijual-belikan, kini wanita dipakai untuk jual beli.

34). A little thing called L0VE. Sesuatu yg disebut CINTA. Sebahagian org masuk syurga kerana benar dalam memahaminya dan menjalaninya. Sebahagian lagi masuk nereka kerana SALAH dlm memahami dan menjalaninya.

35). Syaitan jin dan manusia (illuminati, dll) telah berhasil buat sebahagian manusia tak bisa lagi bedakan antara amal yg BAIK dan SALAH dgn mengaburkannya, melalui musik dan film!

36). Orang bodoh adalah mereka yang buat dosa dengan alasan Allah Maha Pengampun. Hari ini, syaitan telah berhasil membuat kita nampak bodoh dalam pandangan para malaikat!

37). Wanita yg keluar rumah tak tutup aurat akan diikuti oleh ribuan pasukan iblis. Kerikil berada di pinggir jalan, emas di pajang di etalase dan berlian dsembunyikan!

38). Kalau masalah dunia selalulah melihat ke bawah, kalau masalah akhirat selalulah melihat ke atas.

39). Berwudhu sebelum tidur didoakan malaikat sampai pagi.

40). Apa yang keluar dari hati akan masuk ke dalam hati, sesuatu yang telah kita amalkan terus kita sampaikan, kesannya akan sangat dahsyat! Ya Allah, hindarilah kami dari sifat munafik.

41). "Izinkan aku solat 2 rakaat dan cabutlah nyawaku ketika aku sdg sujud” (permintaan seorg ulama ketika jumpa malaikat maut dan Malaikat maut mengabulkannya!).

42). Kerana tak tahan dengan panasnya hawa di Padang Mahsyar, maka ahli-ahli neraka meminta kepada Allah agar secepatnya dimasukkan ke dalam neraka. Malahan di sana lebih dahsyat lagi.

43). Di akherat kelak, ada org yg diampuni oleh Allah kerana pernah mengeluarkan setitis air mata kerana takut kepada Allah ketika di dunia.

44). Pentingnya untuk belajar membedakan antara hal-hal HARAM dengan yang HALAL, agar kita TAK terjebak dengan perangkap kesesatan yang ditebarkan oleh syaitan jin dan manusia di setiap langkah kehidupan.

45). Bagi Allah, menciptakan satu butir pasir dgn satu buah planet adalah sama mudahnya, tak ada susah bagiNYA!

46). Di alam semesta ada sktar 300 billion galaksi, dalam 1 galaksi seperti Bima Sakti ada sekitar 250 billion bintang seperti matahari (yg besarnya 103x daripada bumi). Subhanallah!

47). Pohon mangga, pisang dan betik tumbuh di tanah yg sama, mengambil sari makanan dari tanah yang sama, tapi menghasilkan buah yg berbeda rasa manisnya (Allah Maha Kuasa)

48). Seorang ulama ditanya apa hukum bercanda, beliau menjawab sunnah bagi yang tahu ilmunya. Lebih baik berdakwah dalam canda daripada bercanda dalam dakwah.

49). Punya Ilmu yang banyak itu kelihatannya hebat, tapi kalau akhlaknya jelek semuanya kosong belaka. Ilmu yg bermanfaat adalah ilmu yg boleh memudahkan kita untuk menjawab pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir di kubur kelak. Solat 2 rakaat terus doa, masalah selesai! Tak mungkin Allah dan Rasul-NYA berdusta!

50). Wajah org yg bangun tahajjud akan memancarkan cahaya keesokan harinya. Anggota tubuh yg dibasahi wudhu akan bercahaya kelak pd hari kiamat. Istighfar menghapus dosa, selawat membuka pintu langit dan satu ucapan SUBHANALLAH lebih baik daripada kerajaan Nabi Sulaima as beserta isinya. Doa adalah senjata utama! Ilmu ajak tak cukup untuk membuat orang boleh beramal. Buktinya berapa banyak orang yang tahu tentang kewajiban solat tapi tak mengerjakannya. Berapa banya org yg tahu tentang bahaya maksiat tapi masih tetap melakukannya, kita perlu hidayah dari Allah!

51). Bukti kasih sayang terbesar yang kita berikan kepada saudara Muslim kita adalah mengajak mereka untuk mahu dekat kepada Allah. Apa yg keluar dari hati akan masuk ke dalam hati. Orang mau 1000 jalan, org tak mau 1000 alasan. Banyak jalan menuju Roma tapi hanya ada satu jalan menuju syurga. Ikut jalan hidup Nabi saw. Yakinkah kau cinta padaku, jangan hanya berucap saja! Jika kau memang cinta padaku, lalu mengapa kau selalu mengajakku ke neraka? Itukah namanya cinta!

MUZAKARAH DARI ULAMA 

9 KEUNTUNGAN JADI DAI: 

1). Takbirnya ditakuti syaitan, 
2). Amalannya mengalir sampai hari kiamat, 
3). Doanya makbul, 
4). Amalannya berkesan kepada seluruh makhluk, 
5). Matinya ditangisi semua makhluk, 
6). Matinya dikejar-kejar 2.5 juta bidadari, 
7). Diberi minum dari telaga Al Kautsar 
8). Boleh beri syafaat kepada siapa yang dikhendakinya, 
9). Diberi syurga, 1 tingkat dibawah syurga para Nabi dan Rasul. 


KEUTAMAAN DAI YANG ISTIQOMAH ADA 5: 

1). Dimudahkan/ didekatkan rezekinya. 
2). Diberikan Ilmu dan kelembutan. 
3). Diberikan keberanian, gak takut kepada siapapun. 
4). Diberikan Rasa Ikrom (kasih sayang kepada saudara muslimnya). 
5). Diberikan teman yg banyak, siapa yang gak suka dengan dai? 

KEUTAMAAN DAI YANG BUAT AMAL MAQAMI (DAKWAH DI KAMPUNG SENDIRI) 

1). Allah akan jadikan asbab turunnya hidayah bagi semua umat di seluruh alam sampai hari kiamat. 

2). Allah akan menjaga rumah, tempat usaha, masjid dan kampung kita sebagaimana Allah menjaga baitullah dari serangan tentara Abrahah. 

3). Allah menjaga keluarga dan keturunan kita sebagaimana Allah menjaga keturunan Nabi Ibrahim. 

4). Allah akan memberikan keberkahan rizki dan rizki yang tidak disangka-sangka. 

5). Allah akan tegakkan yang haq dan hancurkan yang bathil.

6). Allah akan mengangkat pemimpin-pemimpin yang adil. 

7). Allah akan jaga diri kita dari fitnah dunia dan fitnah dajjal. 

JANGAN LUPA: 

1). Niat Dakwah ada empat: 

1. Ishlah Diri 
2. Dakwah sebagai maksud hidup 
3. Siap dihantar ke seluruh alam 
4. Mengharap ridho Allah 

2). Asalnya setiap orang punya sifat Ibadiat, tetapi kerana Allah tersembunyi maka akhirnya mereka menampakkan sesembahan dalam bentuk berhala (Maulana Ahmad Bahawalpur). Asal muasal patung kerana orang Kafir ingin menampakan keberadaan Allah, dimana ketika Nabi mereka wafat maka umatnya ingin ambil istifadah dari Nabinya dengan membuat wajah patung Nabi tsb. Iman itu kepada yang ghaib, kalau kepada yang tampak bukan iman namanya.

3). Ketika 70,000 penyihir bersyahadat setelah melihat mukjizat Nabi Musa as, maka  Asiyah istri Firaun mendengar dan akhirnya ikut beriman dan alangkah hebatnya Iman Asiyah ini kerana ia melihat bagaimana 70,000 penyihir telah dipotong tetapi Dia tetap zahirkan imannya sehingga murka Firaun telah membelah dada Asiyah. Itulah sebabnya nati di Syurga  Asiyah akan menjadi Istri Rasululah Saw (Masyeikh).

4). waktu terbaik untuk bertobat adalah. SEKARANG!! Ahli syurga akan diberi kesempatan untuk mengolok-olok ahli neraka kelak diakhirat , the so sweet revenge. Ya Allah, mending sekarang diejek kerana mentaati-MU daripada kelak diakhirat diejek-ejek sama orang beriman.

5). Di syurga, suami-istri akan berdiri saling memandang selama 40 tahun dan gak pernah merasakan bosan kerana terpesona dengan kecantikan/ ketampanan pasangannya.

6). The person in the lowest rank of Jannah will be awarded 72 wives (org paling rendah darjatnya disyurga punya 72 istri). The Jannati of the lowest rank will be given a Jannah ten times bigger than this world (ahli syurga paling rendah akan diberikan syurga senesar 10 kali lipat dunia ini.)

7). The people of jannah (Para Ahli syurga) They will not urinate (Mereka gak pernah pipis) and they will not excrete (dan mereka gak beol) They will not have to blow their noses (mereka gak bakal ingusan lagi) And they will not spit again (dan mereka gak bakal meludah lagi).

8). Kematian adalah pasti dan akan datag melalui 1001 jalan. Jika seseorag telah masuk kubur, bukan berarti kehidupannya telah berakhir, justru kehidupan yg sebenarnya baru akan dmulai!

9). Makan bukan kerana lapar, minum bukan kerana haus, tidur bukan kerana ngantuk. Ahli syurga makan, minum dan tidur hanya untuk kesenangan semata. Its awesome!

10). Berapa banyak diantara kita yang bergegas pulang sehabis solat di mesjid hanya untuk nonton TV, main game, online. Gak tinggal zikir, minimal baca subhanallah 100x.

11). Kain yang dipakai untuk kafani mayat adalah yg berwarna putih, baru dan diberi wangi-wangian. Jika kain putih tak ada, maka boleh dengan kain apa aja, lalu dsolatkan.

12). Sebaiknya yang memandikan mayat adalah keluarga terdekat. Suami boleh mandikan istrinya atau sebaliknya. Yang mandikan, jangan cerita tentang aib pada tubuh si mayat.

13). Wajib mandikan jika mayat itu orang Islam, ada tubuhnya walau sedikit dan meninggal bukan kerana mati syahid. Sedang orang mati syahid, orang kafir dan munafik tak boleh dimandikan.

14). Pendapat para ulama, orang yang meninggal kerana bunuh diri, tak dilakukan solat atasnya melainkan cukup dikubur mayatnya.

15). Tanda Allah sayang kepada seseorang adalah jika orang itu istiqamah mengaji, sampai di jalanan pun teus mengaji.

16). Sesungguhnya kita tidur kerana Allah yg tidurkan bukan kerana mata yang terpejam. Allah kuasa tidurkan ashabul kahfi selama 309 tahun dengan mata terbuka. Allah tidurkan ashabul kahfi dengan menutup telinganya bukan dengan menutup matanya! subhanallah wa, lihat s. Al Kahfi dalam Al Quran

17). “Perbanyaklah mengingat pemutus kelazatan (yakni kematian) ”

18). “Cukuplah pujian bagi kitab ini dengan disebutkan nama penulisnya.” 

19). Disunnahkan buka alas kaki jika masuk ke kawasan pemakaman. Kecuali ada jalan setapak. Nanti turun dari jalan setapak baru buka sandal. Hargai yang tinggal dbawah tanah!

20). Jika mayat sudah selesai dkuburkan, disunnahkan bagi pengantar jenazah untuk berdiri sebentar untuk mendoakan si mayat (agar diampuni dosa2nya, dluaskan kuburnya dsb).

21). Please, do not call me ustaz, what a shame. I am just the sinner, not a saint or a pious man. Please, always give me an advice my friend.

22). Seorg berkata kepada orang yg sedang sakarat, “Ucapkan syahadat! Ucapkan syahadat! Org yang sakarat itu lalu berkat “Syahadat… syahadaaat... dan dia pun mati” (kasihan!).

23). Keluar tandas dgn kaki kanan dan berdoa, “Ghufranaka alhamdulillah” (kumohon ampunanMU dan segala puji bagi Allah).

24). Dianjurkan mencicipi garam seblm makan dengan jari manis, doanya, “Bismillah haniam mari”a” (Mencegah dari 70 penyakit - Ihya ulumuddin).

25). Jika benda paling indah didunia ini diletakkan  di dalam syurga, maka ia akan menjadi benda paling jelek.

26). Rasulullah saw itu makhluk yg sempurna. Tegasnya sempurna namun lembutnya juga sempurna. Jasadnya sempurna, rohaninya jug sempurna..

27). Keringat Rasulullah saw sangat wangi, sampai seorang wanita (Ummu Sulaim r.ha) pernah mencampur keringat beliau dengan minyak wanginya. (Shahih Muslim 4302)

28). Kami telah berhasil membuat jutaan anak muda berdoa dan menyembah syaitan melalui MUSIK (Anton La Vey-Satanis).

29). Sahabat-sahabat ku seperti bintang-bintang di langit, siapa saja yang kalian ikuti maka kalian akan mendapat petunjuk (mahfum hadits).

30). AHLI Syurga, tubuhnya spt tubuh Adam as, wajahnya spt wajah Yusuf as, suaranya spt suara Daud as, umurnya spt umur Isa as dan akhlaknya spt akhlak Rasulullah saw!

31). “Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali TAK boleh menciptakan LALAT, walau mereka bersatu untuk menciptakannya.” (QS.Al Hajj: 73)

32). Manusia membuat helikopter dengan mencontohi rekabentuk pepatung, sedang pepatung diciptakan oleh Allah tanpa ada rekabentuk sebelumnya. Mana yg lebih hebat?

33). Seorg ilmuwan muallaf berkata, “Ada sekumpulan sel-sel dalam otak yang nanti dialiri darah kalau kita dalam keadaan sujud. So, org yg selalu sujud (solat) otaknya jadi cerdas!

34). Azan telah berkumandang. Allahu akbar 4 kali. Artinya Allah lebih besar daripada apa yang ada didepan, dibelakang, disamping kiri dan kanan. Solat membuat jiwa tenang.

35). Dulu bersama kedua orang temanku buat ikrar, jika salah seorang diantara kami ditakdirkan untuk masuk syurga maka dia harus berusaha memberi syafaat kepada yang lain agar bisa selamat juga.

36). Semua orang punya impian. Sebaik-baik orang yang bermimpi adalah segera bangun dari tidurnya agar bisa mewujudkan impiannya.

37). Sebenar orang yang amalkan agama (Islam) adalah orang yang selalu terkini, tak ketinggalan zaman kerana agama ini selalu sesuai dizaman manapun. Yang bilang tak sesuai sila syahadat ulang!

38). Tidur adalah sepupu satu kali dari kematian.

39). Ali ra berkata, “Siapa yang zuhud terhadap dunia, maka semua musibah tidak akan berarti baginya.”

40). Manusia itu terbagi kepada tiga, pertama seperti makanan yang kita sentiasa perlukan dia, kedua seperti ubat yang hanya kadang kala kita perlukan dia dan ketiga seperti racun yang kita tidak perlukan dia langsung perlu dijauhi. 

41). Seribu orang teman itu masih terlalu sedikit dan satu org musuh itu sudah terlalu banyak. Ada juga orang yang lebih banyak manfaatnya kalau dia tak kenal kita dan kita pun tak kenal dia.

42). Dunia diciptakan bukan untuk dmiliki tapi untuk dtinggalkan. Apa yang ada ditangan kita akan lenyap dan apa yg ada ditangan Allah akan kekal. Dunia sementara akhirat selamanya.

43). Jika debu di jalan telah tersingkap barulah engkau mengetahui kuda kah yg engkau kendarai ataukah keledai?

44). Dikepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati perempuan ada kelebihan, wanita lebih dahulu masuk syurga daripada lelaki.

45). Perkembangan  berita-berita terbaru lokal maupun mancanegara selalu kita ikuti dan kita merasa jadi orang yang tak ketinggalan zaman, walaupun tak begitu mengerti tentang berita-berita akhirat.

46). Meminta maaf itu biasa, memberi maaf kepada org yg telah berbuat bersalah kepada kita, itu juga sudah biasa, tapi memberi maaf sebelum orang berbuat salah kepada kita itu baru luar biasa.

47). Maafkan semua orang Islam sebelum tidur adalah amalan yang boleh masukkan kita ke dalam syurga tanpa hisab.

48). Hati kita ada dalam genggaman Allah. Yang menggerakkan hati seseorang untuk senang atau benci dengan kita adalah ALLAH. Apapun yang kita buat, kebaikan atau keburukan, pasti ada yang senang dan ada yg tak senang, jadi teruskan saja. 

49). Selagi ilmu beladiri yang kita punya (karate, tae kwon do, Jiu jitsu, judo, muay thai, jet kune do, thai boxing, capoeira, kung-fu, wing chun atau silat) tak boleh dipakai untuk melawan Mungkar dan Nangkir dikubur, maka tiadalah ertinya. 

50). Siapa yang bangun pagi dengan ingat Allah, maka spanjang hari hatinya akan selalu ceria dan siapa yang bangun pagi langsung ingat makhluk maka sepanjang hari hatinya akan gelisah.

51). Bismillah. Segala sesuatu yang dimulai dengan menyebut nama-NYA akan jadi berkah. Dunia diciptakan untuk kita dan kita dciptakan untuk akherat. Kerja dunia tapi sasarannya ke akhirat.

52). Sesering mungkin berdoa kepada Allah. Lebih sering berdoa, akan lebih disukai oleh Allah swt. (Al-Quran, Thabrani). Orang-orang yang tidak suka berdoa, seolah-olah ia meyakini atas kemampuan diri sendiri tanpa bersandar kepada Allah. Orang seperti ini, adalah orang-orang yang sombong atas diri sendiri.

53). “Diriwayatkan didalam hadith bahawa Rasullullah saw mengajar Abu Bakar ra bacaan yang perlu di ucap diakhir solat, “Ya Allah, daku telah menzalimi diriku dengan zalim yang banyak dan tidak ada yang boleh mengampunkan dosa melainkan Engkau. Maka ampunilah daku dengan maghfirah Mu dan kasihanilah daku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

Kita perlu fikir bahawa Rasullullah Saw telah mengajar doa ini kepada Abu Bakar ra, seorang termulia dan sempurna di kalangan umat ini. Solat beliau hampir sedarjat dengan Rasul Saw sehingga Baginda ra telah melantiknya menjadi imam. Sungguhpun demikian Baginda telah mengajarnya doa pada akhir solat, agar mengakui kelemahan dan kekurangan dirinya di hadapan Allah bahawa beliau belum dapat menyempurnakan hak ibadah seperti yang dikehendaki oleh Allah. Tersirat dengan doa itu, memohon Rahim Allah agar dikasihi, diberi karunia dan diampunkan. Maka dimana pula kedudukan kita?” (Maulana Ilyas rah)

54). Masyeikh katakan, "Jika sekiranya syurga tak diciptakan, ketenangan jiwa yg didapatkan dari asbab mengamalkan agama sebenarnya sudah mencukupi.” ALLAHU AKBAR!

55). Doa adalah senjata org beriman. Dengan doa, seorg wali bisa memindahkan istana Ratu Bulqis ke hadapan Nabi Sulaiman as dlm sekejap mata! Allah Maha Kuasa.

56). Ismul Azam (Nama Allah Yang Agung), Siapa yg berdoa dgnnya, maka doanya akan dikabulkan.

57). Kita akan dimatikan dan dihidupkan sekali lagi untuk selamanya. Masih ada waktu untuk perbaharui taubat.

58). Allah katakan kepada mereka yang tak mau bersabar, “Silahkan menyingkir dari bawah kolong langit-KU!"(Bayan Ust. A. Ihsan).

60). "Sekiranya ghibah boleh dilakukan (tak haram) maka orang yang paling banyak aku ghibah adalah ibuku sendiri, kerana dialah yg paling berhak untuk aku berikan amal-amalku daripada org lain” (Ibnu Mubarak rah). Beliau mengatakan demikian kerana ghibah itu memakan amal dan membuat amal pahala seseorang berpindah kepada orang lain yang dia umpati/ 

61). Orang2 kafir pulang ke rumah bawa bunga kepada keluarganya. Sedang orang2 beriman pulang ke rumah gak bawa bunga, kerana dia sudah jadi bunga bagi keluarganya.

62). Orang Arab punya amalan yang patut ditiru. Setiap mereka memarahi anaknya, tak bilang: dasar anak sialan, kampret, anak jin, anak anjing dan sebagainya tapi mereka memarahi anak2nya sambil teriak-teriak ALLAHUMMA YAHDIK ALLAHUMMA YAHDIK (Semoga Allah memberi kamu hidayah, Semoga Allah memberi kamu hidayah!!). Ada satu anak kecil yg bandel, dia menaburi makanan yang hendak dihidangkan kepada tamu dengan pasir. Sang Ibu yang melihatnya, menjewer telinganya sambil berkata, "Semoga kamu kelak kalau dewasa jadi imam Masjidl Haram!!!" Anak itu adalah Syeikh Abdurrahman As Sudays.

63). KISAH SOPIR TAKSI DAN PEMABUK

Ada 3 orang dalam keadaan setengah mabuk naik sebuah taksi di India. Ketika waktu solat tiba, sopir taksi pun mengajak mereka untuk mampir solat berjamaah di mesjid. Ketika diajak, dua orang langsung marah-marah, "Ah, solat itu tak ada gunanya, buat apa, sudah-sudah terus aja, nanti kami terlambat lagi....!!"

Beda dengan teman-temannya, pemabuk yang paling tua yang satunya bilang, "Ya tak apa, sekali-kali kita solat, ayo kita singgah solat di mesjid.” Taksi pun berhenti didepan mesjid. Mereka pun masuk mesjid buat solat. Sopir taksi jadi Imamnya. Entah kenapa, ketika berdiri untuk rakaat kedua, pemabuk yg paling tua itu tak bangun-bangun dari sujudnya. Sampai Imam ucapkan salam dia pun tak bangun-bangun juga. Ketika di periksa, Innaa lillaahi ternyata dia sudah meninggal. Allahu akbar! Pemabuk meninggal dalam keadaan sujud!

Adik si pemabuk ketika melihat jasad abangnya diapun menangis sambil berkata, "Wahai abang, engkau sungguh beruntung, seumur hidup engkau tak pernah solat, selalu bermaksiat kepada Allah. Namun walaupun begitu engkau sering berkata kepada saya, dik… walau abang mu ini ahli maksiat tapi abang ingin suatu waktu boleh solat di mesjid, wahai abang ini solatmu yang pertama dan terakhir”.

64). Bagaimana bisa aku habiskan waktu dan tenagaku untuk hal-hal lain, sedangkan aku melihat ruh Nabi saw sedang berdukacita (kerana keruntuhan akhlak dan agama orang-orang Islam).

Comments

Popular posts from this blog

BULUGHUL MARAM: BAB ZUHUD DAN WARA

TIDUR PENUH BERKAT DAN PAHALA

KHUTBAH RASULULLAH DI ARAFAH