BULUGHUL MARAM: BAB ADAB

Hadis No. 1467: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Hak seorg muslim terhadap sesama muslim ada 6 iaitu bila engkau berjumpa dgnnya ucapkanlah salam, bila ia mmggilmu penuhilah, bila dia meminta nasihat kpdmu nasihatilah, bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamukallah (ertinya, semoga Allah memberikan rahmat kpdmu), bila dia sakit jenguklah dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)”. HR Muslim.

Hadis No. 1468: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Lihatlah org yg berada di bwhmu dan jgn melihat org yg berada di atasmu krn hal itu lebih patut agar engkau sekalian tiak menganggap rendah nikmat Allah yg telah diberikan kpdmu.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1469: 

Nawas Ibnu Sam’an r.a berkata: Aku bertanya kpd Rasulullah saw ttg kebaikan dan kejahatan. Beliau bersabda: “Kebaikan ialah akhlak yg baik dan kejahatan ialah sesuatu yg tercetus di dadamu dan engkau tidak suka bila org lain mengetahuinya.” Riwayat Muslim.

Hadis No. 1470: 

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apb engkau ber3 maka jgnlah dua org berbisik tanpa menghiraukan yg lain, hingga engkau bergaul dgn manusia, krn yg demikian itu membuatnya susah.” Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut Muslim.

Hadis No. 1471: 

Dari Imran r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Jgnlah seseorg duduk mengusir org lain dari tmpt duduknya, kemudian ia duduk di tmpt tersebut, namun berilah kelonggaran dan keluasan.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1472: 

Dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apb salah seorg di antara kamu makan makanan, maka jgnlah ia membasuh tgn nya seblm ia menjilatinya atau menjilatkannya pada org lain.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1473: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah salam itu diucapkan yg muda kpd yg tua, yg berjln kpd yg dudukdan yg sedikit kpd yg bnyk.” Muttafaq Alaihi. Menurut riwayat Muslim: “Dan yg menaiki kendaraan kpd yg berjln.”

Hadis No. 1474: 

Dari Ali r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Cukuplah bagi sekelompok org berjln utk mengucapkan salam salah seorg di antara mrk dan cukuplah bagi sekelompok org lainnya menjawab salam salah seorg di antara mrk.” Riwayat Ahmad dan Baihaqi.

Hadis No. 1475: 

Dari Ali r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Jgnlah mendahului org Yahudi dan Nasrani dgn ucapan salam, bila bertemu dgn mrk di sebuah jln usahakanlah mrk mendpt jln yg paling sempit.” Riwayat Muslim.

Hadis No. 1476: 

Dari Ali r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Apb salah seorg di antara kalian bersin, hendaklah mengucapkan alhamdulillahdan hendaknya saudaranya mengucapkan utknya yarhamukallah. Apb ia mengucapkan kpdnya yarhamukallah, hendaklah ia (org yg bersin) mengucapkan yahdii kumullah wa yushlihu balaakum (ertinya, Mudah2an Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki hatimu).” Riwayat Bukhari.

Hadis No. 1477: 

Dari Ali r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Jgnlah salah seorg di antara kalian minum sambil berdiri.” Riwayat Muslim.

Hadis No. 1478: 

Dari Ali r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apb seseorg di antara kalian memakai sandal, hendaknya ia mendahulukan kaki kanandan apb melepas, hendaknya ia mendahulukan kaki kiri, jadi kaki kananlah yg pertama kali memakai sandal dan terakhir melepaskannya.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1479: 

Dari Ali r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Jgnlah seseorg di antara kalian berjln dgn satu sandaldan hendaklah ia memakai keduanya atau melepas keduanya.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1480: 

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Allah tidak akan melihat org yg menjuntai pakaiannya terseret dgn sombong.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1481: 

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apb seseorg di antara kalian makan hendaknya ia makan dgn tgn kanan dan minum hendaknya ia minum dgn tgn kanan, krn sesungguhnya syaitan itu makan dgn tgn kirinya dan minum dgn tgn kirinya.” HR Muslim.

Hadis No. 1482: 

Dari Amar Ibnu Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Makanlah, minumlah, berpakaianlahdan bersedekahlah tanpa berlebihan dan sikap sombong.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Hadis mu’allaq menurut Bukhari.

Comments

Popular posts from this blog

TIDUR PENUH BERKAT DAN PAHALA

KHUTBAH RASULULLAH DI ARAFAH

BULUGHUL MARAM: BAB ZUHUD DAN WARA