BULUGHUL MARAM: BAB JENAZAH

Hadis No. 555: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Perbnyklah menyebut pelebur kenikmatan, iaitu: mati.” HR Tirmizi dan Nasai.

Hadis No. 556: 

Dari Anas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Jgnlah sekali2 seseorg di antara kamu menginginkan mati krn kesusahan yg menimpa nya, bila ia benar2 menginginkannya hendaknya ia berdoa: Ya Allah hidupkan lah aku selama kehidupan itu lebih baik bagiku dan wafatkanlah aku jika sekiranya itu lebih baik bagiku.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 557: 

Dari Buraidah r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Org yg beriman itu mati dgn peluh di dahi.” Riwayat Imam 3. 

Hadis No. 558: 

Dari Abu Said dan Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tuntunlah org yg hampir mati di antara kamu dgn Laa ilaaha illallah.” HR Muslim dan Imam Empat.

Hadis No. 559: 

Dari Maqil Ibnu Yasar bahawa Nabi saw bersabda: “Bacakan lah surah Yasin atas org yg hampir mati di antara kamu.” HR Abu Daud, Nasai.

Hadis No. 560: 

Ummu Salamah r.a berkata: Rasulullah saw masuk ke rumah Abu Salamah sewaktu matanya masih terbuka, lalu beliau memejamkan mata nya. Kemudian berkata: “Sesungguhnya ruh itu bila dicabut maka pandangan nya mengikutinya.” Maka menjeritlah org2 dari keluarganya, lalu beliau ber sabda: “Jgnlah kamu berdoa utk dirimu sendiri kecuali demi kebaikan, krn sesungguhnya malaikat itu mengamini apa yg kamu ucapkan.” Kemudian beliau berdoa: “Ya Allah berilah ampunan kpd Abu Salamah, tinggikanlah darjatnya ke tingkat org2 yg mendpt petunjuk, lapangkanlah baginya dlm kuburnya, terangi lah dia didlmnya dan berilah ptidak mahutinya dlm turunannya.” HR Muslim.

Hadis No. 561: 

Dari Aisyah r.a bahawa Nabi saw ketika wafat ditutup dgn kain bercorak dari Yaman. Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 562: 

Dari Aisyah r.ha bahawa Abu Bakar r.a mencium Nabi saw stlh beliau wafat. HR Bukhari.

Hadis No. 563: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Ruh org mati itu tergantung dgn hutangnya smpi hutang itu dilunasi utknya.” HR Ahmad dan Tirmizi.

Hadis No. 564: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Mengenai org yg terjatuh dari kenderaannya kemudian meninggal, mandikanlah ia dgn air dan bidaradan kafankanlah dgn dua lapis kainnya.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 565: 

Dari Aisyah r.a bahawa ketika mrk akan memandikan jenazah Rasulullah saw, mrk bertanya2: Demi Allah kami tidak mengerti, apakah kami harus melucuti pakaian Rasulullah saw sbgmn kami melucuti pakaian mayat kami atau tidak? Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud.

Hadis No. 566: 

Ummu Athiyyah r.ha berkata: Nabi saw masuk ketika kami sdg memandikan jenazah puterinya, lalu beliau bersabda: “Mandikanlah 3 kali, lima kaliatau lebih dari itu. Jika kamu pandang perlu pakailah air dan bidara dan pada yg terakhir kali dgn kapur barus atau campuran dari kapur barus.” Ketika kami telah selesai, kami beritahukan beliau, lalu beliau memberikan kainnya pada kami seraya bersabda: “Bungkuslah dia dgn kain ini.” Muttafaq Alaihi. Dlm suatu riwayat: “Dahulukan bhg2 yg kanan dan tmpt2 wudhu.” Dlm suatu lafaz menurut Bukhari: Lalu kami pintal rambutnya 3 pintalan dan kami letakkan di blkgnya.

Hadis No. 567: 

Aisyah r.a berkata: Rasulullah saw dikafani dgn 3 kain putih bersih dari kapas, tanpa ada baju dan surban padanya. Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 568: 

Dari Ibnu Umar r.a bahawa ketika Abdullah Ibnu Ubay wafat, puteranya dtg kpd Rasulullah saw dan berkata: Berikan baju baginda padaku utk mengkafaninya. Lalu beliau memberikan kpdnya. Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 569: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Pakailah pakaianmu yg putih krn ia adalah pakaianmu yg terbaik dan jadikan ia sbg kain kafan mayat2mu.” Riwayat Imam Lima kecuali Nasai.

Hadis No. 570: 

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apb seseorg di antara kamu mengkafani saudaranya, hendaknya ia memilih yg paling baik.” HR Muslim.

Hadis No. 571: 

Jabir berkata: Nabi saw pernah mengumpulkan dua org yg gugur dlm perang Uhud dlm satu pakaian. Kemudian beliau bertanya: “Siapa kah di antara mrk yg paling bnyk menghafal Al-Quran?” Lalu baginda mendahulukannya utk dimasukkan ke dlm lahat, mrk tidak dimandikan dan tidak disolatkan. HR Bukhari.

Hadis No. 572: 

Dari Ali r.a bahawa dia mendgr Nabi saw bersabda: “Jgnlah memilih yg mahal utk kain kafan, krn ia akan lekas rosak” HR Abu Daud.

Hadis No. 573: 

Dari Aisyah r.a bahawa Nabi saw bersabda kpdnya: “Jika engkau mati seblmku, aku akan memandikanmu.” HR Ahmad dan Ibnu Majah.

Hadis No. 574: 

Dari Asma’ binti Umais r.ha bahawa Fatimah r.ha berwasiat agar ia dimandikan oleh Ali r.a. Riwayat Daruquthni. (ini bukan hadis)

Hadis No. 575: 

Dari Buraidah ttg kisah Al-Ghomidiyyah yg mati krn Nabi saw menyuruh utk merejamnya lantaran berzina. Buraidah berkata: Kemudian beliau memerintahkan utk menyolatkan dan memakamkannya. HR Muslim.

Hadis No. 576: 

Jabir Ibnu Samurah r.a berkata: Pernah dibawa kpd Nabi saw seorg lelaki yg mati bunuh diri dgn tombak, lalu beliau tidak menyolatkannya. HR Muslim.

Hadis No. 577: 

Dari Abu Hurairah r.a ttg kisah seorg wanita yg biasa mem bersihkan masjid. Nabi saw menanyakan wanita tersebut, lalu mrk menjawab: Ia telah meninggal. Maka beliau bersabda: “Mengapa kalian tidak memberitahu kan kpdku?” Mrk seakan2 meremehkan urusannya. Beliau lalu bersabda: “Tunjukkan aku makamnya.” Lalu mrk menunjukkannya, kemudian beliau menyolatkannya. Muttafaq Alaihi. Muslim menambahkan: Kemudian beliau bersabda: “Sungguh kuburan2 ini penuh dgn kegelapan atas penghuninya dan sungguh Allah akan meneranginya utk mrk dgn solatku atas mrk.”

Hadis No. 578: 

Dari Hudzaifah r.a bahawa Nabi saw melarang utk menyiarkan berita kematian. HR Ahmad dan Tirmizi.

Hadis No. 579: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw menyiarkan kematian Najasyi pada hari kematiannya, beliau keluar bersama mrk ke tmpt solat, bershaf bersama mrk dan solat empat takbir utknya. Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 580: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa dia mendgr Nabi saw bersabda: “Jika ada seorg muslim meninggal, lalu ada 40 org yg tidak menyekutukan Allah solat atas jenazahnya nescaya Allah akan menerima permohonan ampunan mrk utknya. HR Muslim.

Hadis No. 581: 

Samurah Ibnu Jundab r.a berkata: Aku pernah solat di blkg Nabi saw atas jenazah seorg wanita yg meninggal pada saat darah nifasnya keluar. Beliau berdiri di tengahnya. Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 582: 

Aisyah r.a berkata: Demi Allah, Rasulullah saw pernah menyolatkan jenazah dua anak Baidla di dlm masjid. HR Muslim.

Hadis No. 583: 

Abdurrahman Ibnu Abu Laila berkata: Zaid Ibnu Arqam r.a biasanya bertakbir 4 kali atas jenazah di antara kami, ttpi ia pernah bertakbir lima kali atas suatu jenazah. Lalu aku tanyakan hal itu padanya, ia menjawab: Rasulullah saw bertakbir spt ini. HR Muslim dan Imam Lima.

Hadis No. 584: 

Dari Ali r.a bahawa dia bertakbir atas jenazah Sahal Ibnu Huzaif 6 kalidan dia berkata: Sesungguhnya dia adalah pahlawan perang Badar. HR Said Ibnu Manshur dan asalnya dlm riwayat Bukhari.

Hadis No. 585: 

Jabir r.a berkata: Rasulullah saw biasanya bertakbir 4 kali atas jenazah dari kami dan membaca Fatihah stlh takbir pertama. HR Imam Syafie.

Hadis No. 586: 

Tholhah Ibnu Abdullah Ibnu Auf r.a berkata: Aku pernah solat jenazah di blkg Ibnu Abbas, dia membaca al-Fatihah kemudian stlh solat berkata: Agar mrk tahu bahawa itu sunnah Rasul. HR Bukhari.

Hadis No. 587: 

Auf Ibnu Malik r.a berkata: Rasulullah saw solat atas suatu jenazah dan aku hafal dari doanya (ertinya, Ya Allah berilah ampunan, rahmat, keselamatan dan maaf kpdnya, muliakanlah tmptnya, lapangkanlah tmpt masuknya, cucilah dia dgn air, aisdan embun, bersihkanlah dia dari kesalahan2 sbgmn pakaian putih dibersihkan dari kotoran, gantikanlah buatnya rumah yg lebih baik dpd rumahnya dan keluarga yg lebih baik dpd keluarganya, masuk kanlah dia dlm syurga dan peliharalah dia dari fitnah kubur dan siksa neraka). HR Muslim.

Hadis No. 588: 

Abu Hurairah r.a berkata: “Rasulullah saw bila solat jenazah berdoa (ertinya, Ya Allah ampunilah di antara kami org yg masih hidup dan yg mati, yg hadir dan yg tidak, yg kecil dan besar, lelaki dan perempuan. Ya Allah terhadap org yg Engkau hidupkan di antara kami, hidupkanlah ia atas islam dan terhadap org yg Engkau wafatkan di antara kami, wafatkan ia atas iman. Ya Allah jgnlah Engkau jauhkan kami dari pahalanya dan Engkau sesat kan kami sepeninggalnya).” HR Muslim dan Imam Empat.

Hadis No. 589: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Bila kalian solat atas mayat, maka ikhlaskan doa utknya.” HR Abu Daud.

Hadis No. 590: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Bersegera dlm mengurus jenazah, krn jika ia baik maka engkau telah memajukan suatu kebaikan utknya dan jika tidak maka engkau menurunkan suatu kejelekan dari lehermu.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 591: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Brgsiapa mengurus jenazah smpi menyolatkannya maka baginya satu qirath dan brgsiapa mengurus jenazah smpi dimakamkan maka baginya dua qirath.” Seorg bertanya: Apa itu dua qirath? Beliau bersabda: “2 gunung besar.” Muttafaq Alaihi dan HR Muslim: “Smpi diletakkan dlm liang lahat.”

Hadis No. 592: 

Menurut riwayat Bukhari pula dari hadis Abu Hurairah: “Brgsiapa mengikuti jenazah seorg muslim krn iman dan mencari ridlo’-Nya, ia bersamanya smpi disolatkan dan selesai pemakamannya, maka ia sesungguhnya pulang dgn dua qirath, tiap qirath spt gunung Uhud.

Hadis No. 593: 

Dari Salim dari ayahnya r.a bahawa dia pernah melihat Nabi saw, Abu Bakardan Umar berjln di dpn jenazah. Riwayat Imam Lima. Sahih menurut Ibnu Hibban dan mursal menurut Nasai dan sekelompok ulama.

Hadis No. 594: 

Ummu Athiyyah r.ha berkata: Kami dilarang ikut mengantar jenazah, ttp larangan itu tidak dikeraskan atas kami. Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 595: 

Dari Abu Said bahawa Rasulullah saw bersabda: “Bila kalian melihat jenazah maka berdirilahdan brgsiapa mengantarkannya hendaknya ia tidak duduk smpi jenazah itu diletakkan.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 596: 

Dari Abu Ishaq bahawa Abdullah Ibnu Yazid memasukkan mayit dari arah dua kaki kuburandan ia berkata: Ini menurut sunnah. Dikeluarkan oleh Abu Daud.

Hadis No. 597: 

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Bila engkau meletakkan mayitmu di kuburan, maka ucapkanlah: Bismillaah wa ‘alaa millati Rasulillah (Ertinya, Dgn nama Allah dan atas agama Rasulullah).” Dikeluar kan oleh Ahmad, Abu Dauddan Nasai. Hadis sahih menurut Ibnu Hibban dan mauquf menurut Daruquthni.

Hadis No. 598: 

Dari Aisyah bahawa Rasulullah saw bersabda: “Mematahkan tulang mayit adalah sama halnya dgn mematahkannya dlm keadaan hidup.” Riwayat Abu Daud dgn sanad menurut syarat riwayat Muslim.

Hadis No. 599: 

Ibnu Majah menambahkan dari hadis Ummu Salamah r.a: “Dlm dosanya.”

Hadis No. 600: 

Sa’ad Ibnu Abu Waqqash berkata: Galilah liang lahat utkku dan pancangkanlah batu-batu utkku, spt yg telah dibuatkan utk Rasulullah saw. Hadis riwayat Muslim

Hadis No. 601: 

Menurut riwayat Baihaqi dari Jabir r.a ada hadis semisal, dgn tambahan: Dan kuburannya ditinggikan sejengkal dari tanah. Hadis sahih menurut Ibnu Hibban.

Hadis No. 602: 

Dari Jabir r.a menurut riwayat Muslim: Rasulullah saw melarang utk menembok kuburan, duduk di atasnya dan membangun di atasnya.

Hadis No. 603: 

Dari Amir Ibnu Rabiah r.a bahawa Nabi saw solat di atas jenazah Utsman Ibnu Madh’un, beliau mendtgi kuburannya dan menabur tanah di atas kuburannya 3 kali dgn berdiri. Riwayat Daruquthni.

Hadis No. 604: 

Dari Utsman r.a bahawa Rasulullah saw bila selesai pemakaman mayat, beliau berdiri di atasnya dan bersabda: “Mintalah ampunan utk saudaramu dan mohonkan kettpan hati utknya sbb ia skrg sdg di tanya.” Riwayat Abu Daud dan dinilai sahih oleh Hakim.

Hadis No. 605: 

Dari Dlomrah Ibnu Habib r.a bahawa salah seorg tabi’in berkata: Mrk menganjurkan bila tanah di atas kuburan telah rata dan org2 telah kembali, hendaknya diucapkan di atas kuburannya: Hai Fulan, katakanlah laa ilaaha illallah 3 kali; hai Fulan, katakanlah Allah Tuhanku, Islam agamakudan Muhammad nabiku. Riwayat Said Ibnu Manshur dlm keadaan mauquf.

Hadis No. 606: 

Tabrani juga meriwayatkan hadis serupa dari Abu Umamah dgn marfu dan pjg.

Hadis No. 607: 

Dari Buraidah Ibnu al-Hushoib al-Islamy r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Dulu aku melarang kamu sekalian menziarahi kuburan, skrg ziarahilah ia.” Riwayat Muslim. Tirmizi menambahkan: “Krn ia mengingatkan akan akhirat.”

Hadis No. 608: 

Ibnu Majah dari hadis Ibnu Mas’ud menambahkan: “Dan akan mengurangi kecintaan terhadap dunia.” 

Hadis No. 609: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw melaknat wanita yg menziarahi kuburan. HR Tirmizi.

Hadis No. 610: 

Abu Said Al-Khudry r.a berkata: Rasulullah saw melaknat wanita yg meratapi org mati dan sengaja mendgrkannya. Dikeluarkan oleh Abu Daud.

Hadis No. 611: 

Ummu Athiyyah r.a berkata: Rasulullah saw telah mengambil janji pada kami agar tidak meratapi kematian. Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 612: 

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Mayit itu akan disiksa dlm kuburnya lantaran ratapan atasnya.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 613: 

Menurut BukhariMuslim juga ada hadis semisal dari alMughirah Ibnu Syu’bah r.a.

Hadis No. 614: 

Anas r.a berkata: Aku menyaksikan putri Nabi saw dimakamkan, Rasulullah saw duduk di sisi kuburan, aku melihat kedua belah matanya meneteskan air mata. Riwayat Bukhari.

Hadis No. 615: 

Dari Jabir r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Jgnlah kamu sekalian menguburkan mayatmu pada waktu mlm kecuali jika keadaan memaksamu.” Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dan asalnya dlm riwayat Muslim, namun ia berkata: Beliau melarang seseorg menguburkan mayat mlm hari seblm disolatkan terlebih dahulu.

Hadis No. 616: 

Abdullah Ibnu Ja’far r.a berkata: Ketika berita kematian Ja’far dtg sewaktu ia terbunuh, Rasulullah saw bersabda: “Buatkanlah makanan utk keluarga Ja’far krn telah dtg sesuatu yg menyusahkan mrk.” Dikeluarkan oleh Imam Lima kecuali Nasai.

Hadis No. 617: 

Sulaiman Ibnu Buraidah dari ayahnya r.a berkata: Rasulullah saw mengajari mrk bila keluar ke kuburan agar mengucapkan: (Ertinya, Semoga sejahtera terlimpah atasmu wahai penghuni kubur dari kaum mukminin dan muslimin, insyaAllah kami akan menyusulmu, kami mohon kpd Allah keselamatan bagi kami dan kamu sekalian). Riwayat Muslim.

Hadis No. 618: 

Ibnu Abbas berkata: “Rasulullah saw pernah melewati kuburan Madinah, lalu beliau menghadapkan mukanya seraya mengucapkan: “(ertinya, Semoga kesejahteraan terlimpahkan atasmu wahai penghuni kubur, semoga Allah mengampuni kami dan kamu, kamu mendahului kami dan kami akan menyusul).” HR Tirmizi.

Hadis No. 619: 

Dari Aisyah r.ha bahawa Rasulullah saw bersabda: “Jgnlah mencaci maki org2 yg telah mati, krn mrk telah smpi pada balasan terhadap apa yg telah mrk kerjakan.” Riwayat Bukhari.

Hadis No. 620: 

Tirmizi juga meriwayatkan hadis serupa dari alMughirah r.a dgn tambahan: “Krn dgn begitu kamu menyakiti org2 yg masih hidup.”

Comments

Popular posts from this blog

TIDUR PENUH BERKAT DAN PAHALA

KHUTBAH RASULULLAH DI ARAFAH

BULUGHUL MARAM: BAB ZUHUD DAN WARA