BULUGHUL MARAM: BAB NAFKAH PEMBERIAN

Hadis No. 1171: 

Aisyah r.ha berkata: Hindun binti Utbah isteri Abu Sufyan masuk menemui Rasulullah saw dan berkata: Wahai Rasulullah, sungguh Abu Sufyan adalah org yg kedekut. Ia tidak memberiku nafkah yg cukup utkku dan anak2ku kecuali aku mengambil dari hartanya tanpa sepengetahuannya. Apakah yg demikian itu aku berdosa? Beliau bersabda: “Ambillah dari hartanya yg cukup utkmu dan anak2mu dgn baik.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1172:

 Thariq alMuharib r.a berkata Ketika kami dtg ke Madinah saw berdiri di atas mimbar berkhutbah di hadapan org2. Beliau bersabda: “Tgn pemberi adalah yg paling tinggi dan mulailah dari org yg menjadi tanggungan mu: ibumu dan ayahmu, saudara perempuan dan lelaki, lalu org yg dkt dgnmu dan yg lebih dkt dgnmu.” HR Nasai.

Hadis No. 1173: 

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: “Hamba yg dimiliki wajib diberi makan dan pakaiandan tidak dibebani pekerjaan kecuali yg dia mampu.” HR Muslim.

Hadis No. 1174: 

Hakim Ibnu Muawiyah al-Qusyairy, dari ayahnya, berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah hak isteri salah seorg di antara kami? Beliau menjawab: “Engkau memberinya makan jika engkau makan dan engkau memberinya pakaian jika engkau berpakaian.” Hadis yg telah tercantum dlm Bab bergaul dgn isteri.

Hadis No. 1175: 

Dari Jabir r.a dari Nabi saw dlm sebuah hadis ttg haji yg pjg, beliau bersabda ttg isteri: “Engkau wajib memberi mrk rezeki dan pakaian yg baik.” HR Muslim.

Hadis No. 1176: 

Dari Abdullah Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Cukup berdosa org yg membiarkan org yg wajib diberi makan.” HR Nasai. Dlm lafaz riwayat Muslim: “Ia menahan memberi makan terhadap org yg dia miliki.”

Hadis No. 1177: 

Dari Jabir - ttg wanita hamil yg ditinggal mati suaminya, ia berkata: “Tiada nafkah baginya” HR Baihaqi.

Hadis No. 1178: 

Tiada kewajiban memberi nafkah ini juga terdpt dlm hadis Fatimah Binti Qais riwayat Muslim, spt yg telah lewat.

Hadis No. 1179: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tgn yg di atas lebih baik dari tgn yg di bwh, hendaklah seseorg di antara kamu mulai (memberi nafkah) kpd org yg menjadi tanggungannya. Para isteri akan berkata: “Berikan aku makan atau ceraikan aku.” Riwayat Daruquthni dan sanadnya hasan.

Hadis No. 1180: 

Dari Said Ibnu alMusayyab ttg org yg tidak mampu memberi nafkah isterinya, ia berkata: Mrk diceraikan. Riwayat Said Ibnu Manshur dari Sufyan dari Abu al-Zanad, ia berkata: Aku bertanya kpd Said Ibnu alMusayyab, apakah itu sunnah? Dia berkata: Ya, sunnah. Hadis ini mursal yg kuat. Dari Umar r.a bahawa ia menulis surah kpd komandan militer ttg org2 yg meninggalkan isteri mrk iaitu agar mrk menuntut dari para suami agar memberi nafkah atau menceraikan. Apb mrk menceraikan, hendaklah mrk memberi nafkah selama mrk dahulu Tiada. HR Baihaqi dan Imam Syafie.

Hadis No. 1181: 

Abu Hurairah r.a berkata: Ada seseorg dtg kpd Nabi saw dan berkata: Wahai Rasulullah, aku mempunyai satu dinar? Beliau bersabda: “Nafkahilah dirimu sendiri.” Ia berkata: Aku mempunyai satu dinar lagi. Beliau bersabda: “Nafkahi anakmu.” Ia berkata: Aku mempunyai satu dinar lagi. Beliau bersabda: “Nafkahi isterimu.” Ia berkata: Aku mempunyai satu dinar lagi. Beliau bersabda: “Nafkahi pembantumu.” Ia berkata lagi: Aku mempunyai satu dinar lagi. Beliau bersabda: “Engkau lebih tahu (siapa yg harus diberi nafkah)”. HR Syafie dan Abu Daud dgn lafaz menurut Abu Daud, Nasai dan Hakim juga meriwayatkan dgn mendahulukan isteri dpd anak.

Hadis No. 1182: 

Bahaz Ibnu Hakim, dari ayahnya, dari datuknya r.a berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, kpd siapa aku berbuat kebaikan? Beliau bersabda: “Ibumu.” Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Beliau bersabda: “Ibumu.” Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Beliau bersabda: “Ibumu.” Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Beliau bersabda: “Ayahmu, lalu yg lebih dkt, kemudian yg lebih dkt.” HR Abu Daud dan Tirmizi.

Hadis No. 1183: 

Dari Abdullah Ibnu Amar bahawa ada seorg perempuan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini perutkulah yg mengandungnya, susuku yg memberinya minumdan pangkuanku yg melindunginya. Namun ayahnya yg menceraikanku ingin merebutnya dariku. Maka Rasulullah saw bersabda kpdnya: “Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau blm nikah.” HR Ahmad dan Abu Daud.

Hadis No. 1184: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa seorg perempuan berkata: Wahai Rasulullah, suamiku ingin pergi membawa anakku, padahal ia berguna utkku dan mengambilkan air dari sumur Abu Inabah utkku. Nabi saw bersabda: “Wahai anak laki, ini ayahmu dan ini ibumu, peganglah tgn siapa dari yg engkau kehendaki.” Lalu ia memegang tgn ibunya dan ia membawanya pergi. HR Imam Yg Empat.

Hadis No. 1185: 

Dari Rafi Ibnu Sinan r.a bahawa ia masuk Islam namun isterinya menolak utk masuk Islam. Maka Nabi saw mendudukkan sang ibu di sebuah sudut, sang ayah di sudut laindan sang anak beliau dudukkan di antara keduanya. Lalu anak itu cenderung mengikuti ibunya. Maka beliau berdoa: “Ya Allah, berilah dia hidayah.” Kemudian ia cenderung mengikuti ayahnya, lalu ia mengambilnya. HR Abu Daud dan Nasai.

Hadis No. 1186: 

Dari al-Barra Ibnu Azb bahawa Nabi saw telah memutuskan puteri Hamzah agar dipelihara saudara perempuan ibunya. Beliau bersabda: “Saudara perempuan ibu (bibi) kedudukannya sama dgn ibu.” HR Bukhari.

Hadis No. 1187: 

Ahmad juga meriwayatkan dari hadis Ali r.a, beliau bersabda: “Anak perempuan itu dipelihara oleh saudara perempuan ibunya krn sesungguhnya ia adalah ibunya.”

Hadis No. 1188: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apb pelayan salah seorg di antara kamu dtg membawa makanannya, maka jika tidak diajak duduk bersamanya, hendaknya diambilkan sesuap atau dua suap utknya.” Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut Bukhari.

Hadis No. 1189: 

Dari Ibnu Umar bahawa Nabi saw bersabda: “Seorg perempuan disiksa krn seekor kucing yg ia kurung hingga ia mati, lalu ia masuk neraka. Ia tidak memberinya makan dan minum padahal ia mengurungnya. Ia tidak melepaskannya agar makan binatang serangga di tanah.” Muttafaq Alaihi.

Comments

Popular posts from this blog

BULUGHUL MARAM: BAB ZUHUD DAN WARA

TIDUR PENUH BERKAT DAN PAHALA

KHUTBAH RASULULLAH DI ARAFAH