BULUGHUL MARAM: BAB NIKAH

Hadis ke-1: 

Abdullah Ibnu Masud r.a berkata: Rasulullah saw bersabda pada kami: “Wahai anak2 muda, brgsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya dia kahwin, krn ia dpt menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Brgsiapa blm mampu hendaknya berpuasa, sbb ia dpt mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-2: 

Dari Anas Ibnu Malik r.a bahawa Nabi saw stlh memuji Allah dan menyanjungNya bersabda: “Ttpi aku solat, tidur, berpuasa, berbukadan mengawini perempuan. Brgsiapa membenci sunnahku, dia tidak termasuk umatku.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-3: 

Anas Ibnu Malik r.a berkata: Rasulullah saw memerintahkan kami berkeluarga dan sgt melarang kami membujang. Beliau bersabda: “Nikahilah perempuan yg subur dan penyayg, sbb dgn jumlahmu yg bnyk aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat” HR Ahmad.

Hadis ke-4: 

Hadis itu mempunyai saksi menurut riwayat Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban dari hadis Ma’qil Ibnu Yasar.

Hadis ke-5: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Perempuan itu dinikahi krn empat hal iaitu: harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Dpt kanlah wanita yg taat beragama, engkau akan berbahagia.” Muttafaq Alaihi dan Imam Lima.

Hadis ke-6: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bila mendoakan seseorg yg nikah, beliau bersabda: “Semoga Allah memberkatimu dan menetapkan berkat atasmu, serta mengumpulkan engkau berdua dlm kebaikan” HR Ahmad dan Imam Empat.

Hadis ke-7: 

Abdullah Ibnu Mas’ud berkata: Rasulullah saw mengajari kami khutbah pada suatu hajat: (ertinya, Sesungguhnya segala puji bagi Allah, kami memujiNya, kami meminta pertolongan dan ampunan kpdNya, kami berlindung kpd Allah dari kejahatan diri kami. Brgsiapa mendpt hidayah Allah tak ada org yg dpt menyesatkannya. Brgsiapa disesatkan Allah, tak ada yg kuasa memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan utusanNya) dan membaca 3 ayat. HR Ahmad dan Imam Empat.

Hadis ke-8: 

Dari Jabir bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apb salah seorg di antara kamu melamar wanita, jika ia boleh memandang bahagian tubuhnya yg menarik utk dinikahi, hendaknya ia lakukan.” HR Ahmad dan Abu Daud.

Hadis ke-9: 

Hadis itu mempunyai saksi dari hadis riwayat Tirmizi dan Nasai dari alMughirah.

Hadis ke-10: 

Begitu pula riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dari hadis Muhammad Ibnu Maslamah.

Hadis ke-11: 

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw pernah bertanya kpd seseorg yg akan menikahi seorg wanita: “Apakah engkau telah melihatnya?” Ia menjawab: Blm. Beliau bersabda: “Pergi dan lihatlah dia.” HR Muslim

Hadis ke-12: 

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Jgnlah seseorg di antara kamu melamar seseorg yg sdg dilamar saudaranya, hingga pelamar pertama meninggalkan atau mengizinkannya” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-13: 

Sahal Ibnu Saad al-Saidy r.a berkata: Ada seorg wanita menemui Rasulullah saw dan berkata: Wahai Rasulullah saw, aku dtg utk menghibah kan diriku pada baginda. Lalu Rasulullah saw memandangnya dgn penuh perhatian, kemudian beliau menganggukkan kepalanya. Ketika perempuan itu mengerti bahawa beliau tidak menghendakinya sama sekali, dia duduk. Berdiri lah seorg sahabat dan berkata: “Wahai Rasulullah, jika baginda tidak menginginkannya, nikahkanlah aku dgnnya. Beliau bersabda: “Apakah engkau mempunyai sesuatu?” Dia menjawab: Demi Allah tidak, wahai Rasulullah. 

Beliau bersabda: “Pergilah ke keluargamu, lalu lihatlah, apakah engkau mempunyai sesuatu.” Ia pergi, kemudian kembali dam berkata: Demi Allah, tidak, aku tidak mempunyai sesuatu. Rasulullah saw bersabda: “Carilah, walaupun hanya sebuah cincin dari besi.” Ia pergi, kemudian kembali lagi dan berkata: Demi Allah Tiada, wahai Rasulullah, walaupun hanya sebuah cincin dari besi, ttpi ini kainku, (Sahal berkata: Ia mempunyai selendang yg setengah utk perempuan itu). Rasulullah saw bersabda: “Apa yg engkau akan lakukan dgn kainmu? Jika engkau memakainya, ia tidak kebahagian apa-apa dari kain itu dan jika ia memakainya, engkau tidak kebhg apa-apa.” 

Lalu org itu duduk. Stlh duduk lama, dia berdiri. Ketika Rasulullah saw melihatnya berpaling, beliau memerintah utk mmggilnya. Stlh ia dtg, beliau bertanya: “Apakah engkau mempunyai hafalan Quran?” Ia menjawab: Aku hafal surah ini dan itu. Beliau bertanya: “Apakah engkau menghafalnya di luar kepala?” Ia menjawab: Ya. Beliau bersabda: “Pergilah, aku telah berikan wanita itu padamu dgn hafalan Quran yg engkau miliki.” Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut Muslim. Dlm suatu riwayat: Beliau bersabda padanya: “berangkatlah, aku telah nikahkan ia dgnmu dan ajarilah ia al-Quran.” Menurut riwayat Bukhari: “Aku serahkan ia kpdmu dgn (maskawin) al-Quran yg telah engkau hafal.”

Hadis ke-14: 

Menurut riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah r.a beliau bersabda: “Surah apa yg engkau hafal?” Dia menjawab: Surah al-Baqarah dan sesudah nya. Beliau bersabda: “Berdirilah dan ajarkanlah ia 20 ayat.”

Hadis ke-15: 

Dari Amir Ibnu Abdullah Ibnu al-Zubair, dari ayahnya r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sebarkanlah berita pernikahan” HR Ahmad.

Hadis ke-16: 

Dari Abu Burdah Ibnu Abu Musa, dari ayahnya r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak sah nikah kecuali dgn wali.” HR Ahmad dan Imam Empat.

Hadis ke-17: 

Imam Ahmad meriwayatkan hadis marfuq dari Hasan, dari Imran Ibnu al-Hushain: “Tidak sah nikah kecuali dgn seorg wali dan dua org saksi.”

Hadis ke-18: 

Dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Wanita yg nikah tanpa izin walinya, maka nikahnya batil. Jika si lelaki telah mencampuri nya, maka ia wajib membayar maskawin utk kehormatan yg telah dihalalkan darinya dan jika mrk bertengkar maka penguasa dpt menjadi wali bagi wanita yg tidak mempunyai wali.” Dikeluarkan oleh Imam Empat kecuali Nasai.

Hadis ke-19: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Seorg janda tidak boleh dinikahkan kecuali stlh diajak berembuk dan seorg gadis tidak boleh dinikahkan kecuali stlh diminta izinnya.” Mrk bertanya: Wahai Rasulullah, bgmn izinnya? Beliau bersabda: “Ia diam.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-20: 

Dari Ibnu Abbas bahawa Nabi saw bersabda: “Seorg janda lebih berhak menentukan (pilihan) dirinya dpd walinya dan seorg gadis diajak berembuk dan tanda izinnya adalah diamnya” HR Abu Daud dan Nasai.

Hadis ke-21: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Perempuan tidak boleh menikahkan perempuan lainnya dan tidak boleh pula menikahkan dirinya.” HR Ibnu Majah dan Daruquthni.

Hadis ke-22: 

Nafi’ dari Umar r.a berkata: Rasulullah saw melarang perkahwinan syighar. Syighar ialah seseorg menikahkan puterinya kpd org lain dgn syarat org itu menikahkan puterinya kpdnya dan keduanya tidak menggunakan maskhawin. Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-23: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa ada seorg gadis menemui Nabi saw lalu bercerita bahawa ayahnya menikahkannya dgn org yg tidak dia sukai. Maka Rasulullah saw memberi hak kednya utk memilih. HR Ahmad, Abu Dauddan Ibnu Majah.

Hadis ke-24: 

Dari Hasan, dari Madlmarah r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Seora perempuan yg dinikahkan oleh dua org wali, ia milik wali pertama.” HR Ahmad dan Imam Empat.

Hadis ke-25: 

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Seorg hamba yg menikah tanpa izin dari tuannya atau keluarganya, maka ia dianggap berzina” HR Ahmad, Abu Dauddan Tirmizi.

Hadis ke-26: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak boleh dimadu antara seorg wanita dgn saudara wanita ayahnya dan antara seorg wanita dgn saudara wanita ibunya.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-27: 

Dari Utsman r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Org yg sdg berihram tidak boleh menikah dan menikahkan.” HR Muslim. Dlm riwayatnya yg lain: “Dan tidak boleh melamar.” Ibnu Hibban menambahkan: “Dan dilamar.”

Hadis ke-28: 

Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi saw menikahi Maimunah ketika beliau sdg ihram. Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-29: 

Menurut riwayat Muslim dari Maimunah sendiri: Bahawa Nabi saw menikahinya ketika beliau telah lepas dari ihram.

Hadis ke-30: 

Dari Uqbah Ibnu Amir bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya syarat yg paling patut dipenuhi ialah syarat yg menghalalkan kemaluan utumu.” Muttafaq Alaihi

Hadis ke-31: 

Salamah Ibnu Al-Akwa’ berkata: Rasulullah saw pernah memberi kelonggaran utk nikah mut’ah selama 3 hari pada tahun Authas (tahun penaklukan kota Mekkah), kemudian baginda melarang nya. HR Muslim.

Hadis ke-32: 

Ali r.a berkata: Rasulullah saw melarang nikah mut’ah pada waktu perang khaibar. Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-33: 

Dari Ali r.a bahawa Rasulullah saw melarang menikahi perempuan dgn mut’ah dan memakan keledai ngeri pada waktu perang khaibar. HR Imam Tujuh kecuali Abu Daud.

Hadis ke-34: 

Dari Rabi’ Ibnu Saburah, dari ayahnya r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Aku dahulu telah mengizinkan kalian menikahi perempuan dgn mut’ah dan sesungguhnya Allah telah mengharamkan cara itu hingga hari kiamat maka brgsiapa yg masih mempunyai isteri dari hasil nikah mut’ah, hendaknya ia membebaskannya dan jgn mengambil apapun yg telah kamu berikan padanya” HR Muslim, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah, Ahmaddan Ibnu Hibban.

Hadis ke-35: 

Ibnu Mas’ud berkata: Rasulullah saw melaknat muhallil (lelaki yg menikahi seorg wanita dgn tujuan agar wanita itu dibolehkan menikah kembali dgn suaminya) dan muhallal lah (lelaki yg menyuruh muhallil utk menikahi bekas isterinya agar isteri tersebut dibolehkan utk dinikahinya lagi).” HR Ahmad, Nasai dan Tirmizi.

Hadis ke-36: 

Dlm masalah ini ada hadis dari Ali yg diriwayatkan oleh Imam Empat kecuali Nasai.

Hadis ke-37: 

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: “Org berzina yg telah dirotan tidak boleh menikahi kecuali dgn wanita yg spt dia.” HR Ahmad dan Abu Daud.

Hadis ke-38: 

Aisyah .ra berkata: ada seseorg mentalak isterinya 3 kali, lalu wanita itu dinikahi seorg lelaki. Lelaki itu kemudian menceraikannya seblm menggaulinya. Ternyata suaminya yg pertama ingin menikahinya kembali. Maka masalah tersebut ditanyakan kpd Rasulullah saw, lalu beliau bersabda: “Tidak boleh, smpi suami yg terakhir merasakan manisnya perempuan itu sbgmn yg dirasakan oleh suami pertama.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-39: 

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah saw bersabda: “Bangsa Arab itu sama darjatnya satu sama lain dan kaum mawali (bekas hamba yg telah dimerdekakan) sama darjatnya satu sama lain, kecuali tukang tenung dan tukang bekam” HR Hakim.

Hadis ke-40: 

Hadis tersebut mempunyai hadis saksi dari riwayat al-Bazzar dari Mu’az Ibnu Jabal dgn sanad terputus

Hadis ke-41: 

Dari Fatimah Binti Qais r.a bahawa Nabi saw bersabda kpdnya: “Nikahilah Usamah.” Riwayat Muslim.

Hadis ke-42: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Hai Banu Bayadlah, nikahilah Abu Hind, kawinlah dgnnya.” Dan ia adalah tukang bekam. HR Abu Daud dan Hakim.

Hadis ke-43: 

Aisyah r.a berkata: Barirah disuruh memilih utk melanjutkan kekeluargaan dgn suaminya atau tidak ketika ia merdeka. Muttafaq Alaihi -dlm hadis yg pjg. Menurut riwayat Muslim ttg hadis Barirah: bahawa suaminya adalah seorg hamba. Menurut riwayat lain: Suaminya org merdeka. Namun yg pertama lebih kuat. Ibnu Abbas r.a riwayat Bukhari membenarkan bahawa ia adalah seorg hamba.

Hadis ke-44: 

Al-Dhahhak Ibnu Fairuz al-Dailamy, dari ayahnya r.a berkata: Aku berkata: wahai Rasulullah, aku telah masuk Islam sdg aku mempunyai dua isteri bersaudara. Maka Rasulullah saw bersabda: “Ceraikanlah salah seorg yg kau kehendaki” HR Ahmad dan Imam Empat kecuali Nasai.

Hadis ke-45: 

Dari Salim, dari ayahnya r.a bahawa Ghalian Ibnu Salamah masuk Islam dan dia memiliki 10 org isteri yg juga masuk Islam bersamanya. Lalu Nabi saw menyuruhnya utk memilih empat org isteri di antara mrk. HR Ahmad dan Tirmizi.

Hadis ke-46: 

Ibnu Abbas berkata: Nabi saw pernah mengembalikan puteri (angkat) beliau Zainab kpd Abu al-Ash Ibnu Rabi’ stlh enam tahun dgn akad nikah pertama dan beliau tidak menikahkan lagi. HR Ahmad dan Imam Empat kecuali Nasai.

Hadis ke-47: 

Dari Amar Ibnu Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya r.a bahawa Nabi saw mengembalikan puteri beliau Zainab kpd Abu al-Ash dgn akad nikah baru. Tirmizi berkata: Hadis Ibnu Abbas sanadnya lebih baik, namun yg diamal kan adalah hadis Amar Ibnu Syu’aib.

Hadis ke-48: 

Ibnu Abbas r.a berkata: Ada seorg wanita masuk Islam, lalu berkatwin. Kemudian suaminya dtg dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguh nya aku telah masuk Islam dan dia tahu keislamanku. Maka Rasulullah saw mencabutnya dari suaminya yg kedua dan mengembalikan kpd suami yg pertama. HR Ahmad, Abu Dauddan Ibnu Majah.

Hadis ke-49: 

Zaid Ibnu Ka’ab dari Ujrah, dari ayahnya berkata: Rasulullah saw kawin dgn Aliyah dari Banu Ghifar. Stlh ia masuk ke dlm kamar beliau dan menanggalkan pakaiannya, beliau melihat belang putih di pinggulnya. Lalu Nabi saw bersabda: “Pakailah pakaianmu dan pulanglah ke keluargamu.” Beliau memerintahkan agar dia diberi maskahwin. Riwayat Hakim dan dlm sanadnya ada seorg perawi yg tidak dikenal, iaitu Jamil Ibnu Zaid. Hadis ini masih sgt diperttgkan. 

Dari Said Ibnu alMusayyab bahawa Umar Ibnu al-Khattab r.a berkata: Lelaki manapun yg menikah dgn perempuan dan stlh menggaulinya dia mendptkan perempuan itu berkudis, gila atau berpenyakit kusta, maka ia harus membayar maskahwin krn telah menyentuhnya dan dia berhak mendpt gantinya dari org yg menipunya. Riwayat Said Ibnu Manshur, Malik dan Ibnu Abu Syaibah dgn perawi yg dpt dipercaya. 

Said juga meriwayat kan hadis serupa dari Ali dgn tambahan: Dan kemaluannya bertanduk, maka suaminya boleh menentukan pilihan, jika ia telah menyentuhnya maka ia wajib membayar maskahwin kpdnya utk menghalalkan kehormatannya. Dari jln Said Ibnu alMusayyab juga, ia berkata: Umar r.a menetapkan bahawa org yg mati kemaluannya (impoten) hendaknya ditunda (tidak dicerai) hingga setahun. Perawi2nya dpt dipercaya.

Hadis ke-50: 

Dari Abu Hurairah r.a bhw Rasulullah saw bersabda: “Terlaknatlah org yg menggauli isterinya di duburnya.” Riwayat Abu Daud dan Nasai.

Hadis ke-51: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Allah tidak akan melihat lelaki yg menyetubuhi seorg lelaki atau perempuan lewat duburnya” HR Tirmizi, Nasai dan Ibnu Hibban, namun ia dinilai mauquf.

Hadis ke-52: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Brgsiapa beriman kpd Allah dan hari Akhir, jgnlah dia menyakiti jirannya dan hendak lah engkau sekalian melaksanakan wasiatku utk berbuat baik kpd para wanita. Sbb mrk itu diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yg paling bengkok ialah yg paling atas. Jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkan nya dan jika engkua membiarkannya, dia ttp akan bengkok. Maka hendaklah kalian melaksanakan wasiatku utk berbuat baik kpd wanita.” Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut Bukhari. Menurut riwayat Muslim: “Jika engkau menikmatinya, engkau dpt kenikmatan dgnnya yg bengkok dan jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya dan mematahkannya adalah mencerainya.”

Hadis ke-53: 

Jabir berkata: Kami pernah bersama Nabi saw dlm suatu peperangan. Ketika kami kembali ke Madinah, kami segera utk masuk (ke rumah guna menemui keluarga). Maka beliau bersabda: “Bersabarlah smpi engkau memasuki pada waktu mlm (yakni waktu isya) agar wanita2 yg kusut dpt bersisir dan wanita2 yg ditinggal lama dpt berhias diri.” Muttafaq Alaihi. Menurut riwayat Bukhari: “Apb salah seorg di antara kamu lama menghilang, jgnlah dia mengetuk keluarganya pada waktu mlm.”

Hadis ke-54: 

Dari Abu Said al-Khudry r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Org yg paling buruk darjatnya di sisi Allah pada hari kiamat ialah org yg bersetubuh dgn isterinya, kemudian ia membuka rahsianya” HR Muslim.

Hadis ke-55: 

Hakim Ibnu Muawiyah, dari ayahnya r.a berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah, apakah kewajiban seseorg dari kami terhadap isterinya? Beliau menjawab: “Engkau memberinya makan jika engkau makan, engkau memberinya pakaian jika engkau berpakaian, jgn memukul wajah, jgn menburuk2kan dan jgn menemani tidur kecuali di dlm rumah” HR Ahmad, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah.

Hadis ke-56: 

Jabir Ibnu Abdullah berkata: Org Yahudi beranggapan bahawa seorg lelaki menyetubuhi isterinya dari duburnya sbg kemaluannya, maka anaknya akan bermata juling. Lalu turunlah ayat (ertinya, isterimu adalah ladang milikmu, maka dtgilah ladangmu dari mana engkau suka). Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut Muslim.

Hadis ke-57: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Seandai nya salah seorg di antara kamu ingin menggauli isterinya lalu membaca doa: (ertinya, Dgn nama Allah, Ya Allah jauhkanlah syaitan dari kami dan jauhkanlah syaitan dari apa yg engkau anugerahkan pada kami), maka jika ditakdirkan dari pertemuan keduanya itu menghasilkan anak, syaitan tidak akan mtidak mahuggunya selamanya.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-58: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Apb seorg suami mengajak isterinya ke tmpt tidur, tapi ia menolak utk dtg, lalu si suami marah sepjg mlm, maka para malaikat melaknatnya (si isteri) hingga dtg pagi.” Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut Bukhari.

Hadis ke-59: 

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Nabi saw melaknat wanita yg memakai cemara (rambut palsu) dan yg meminta memakai cemara dan wanita yg menggambar (mentatto) kulitnya dan minta digambar kulitnya.” Mut. Alaihi.

Hadis ke-60: 

Judzamah Bintu Wahab r.a berkata: Aku pernah menyaksikan Rasulullah saw di tengah org bnyk, beliau bersabda: “Aku benar2 ingin melarang ghilah (menyetubuhi isteri pada waktu ia hamil), tapi aku melihat di Romawi dan Parsi org2 melakukan ghilah dan hal itu tidak membahayakan anak mrk sama sekali.” Kemudian mrk bertanya kpd beliau ttg ‘azl (menumpahkan air mani di luar rahim). Maka Rasulullah saw bersabda: “Itu adalah pembunuhan terselubung” HR Muslim.

Hadis ke-61: 

Dari Abu Said Al-Khudry r.a bahawa ada seseorg berkata: Wahai Rasulullah, aku mempunyai seorg hamba perempuan, aku melakukan ‘azl padanya krn aku tidak suka ia hamil, namun aku menginginkan sbgmn yg diinginkan org kebnykan. Tapi org Yahudi mengatakan bahawa perbuatan ‘azl adalah pembunuhan kecil. Beliau bersabda: “Org Yahudi bohong. Seandainya Allah ingin menciptakan anak (dari persetubuhan itu), engkau tidak akan mampu mengeluarkan air mani dari luar rahim” HR Ahmad, Abu Daud, Nasai dan Tahawy.

Hadis ke-62: 

Jabir berkata: Kami melakukan ‘azl pada zaman Rasulullah saw dan Al-Quran masih diturunkan, jika ia merupakan sesuatu yg dilarang, nescaya al-Quran melarangnya pada kami. Muttafaq Alaihi. Menurut riwayat Muslim: Hal itu smpi kpd Nabi saw dan beliau tidak melarangnya pada kami.

Hadis ke-63: 

Dari Anas Ibnu Malik r.a bahawa Nabi saw menggilir isteri2nya dgn sekali mandi. HR BukhariMuslim.

Hadis ke-64: 

Dari Anas r.a bahawa Nabi saw memerdekakan Shafiyyah dan menjadikan kemerdekaannya sbg maskahwinnya. Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-65: 

Abu Salamah Ibnu Abdurrahman r.a berkata: Aku bertanya kpd Aisyah r.a: Berapakah maskahwin Rasulullah saw Ia berkata: Maskahwin beliau kpd isterinya ialah 12 uqiyyah dan nasy. Ia bertanya: Tahukah engkau apa itu nasy? Ia berkata: Aku menjawab: Tidak. Aisyah berkata: Setengah uqiyyah, jadi semuanya 500 dirham. Inilah maskahwin Rasulullah saw kpd para isterinya. HR Muslim.

Hadis ke-66: 

Ibnu Abbas berkata: Ketika Ali menikah dgn Fathimah, Rasulullah saw bersabda kpdnya: “Berikanlah sesuatu kpdnya.” Ali menjawab: Aku tidak mempunyai apa-apa. Beliau bersabda: “Mana baju besi buatan Huthamiyyah milikmu?”. HR Abu Daud dan Nasai.

Hadis ke-67: 

Dari Amar Ibnu Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Siapapun perempuan yg menikah dgn maskahwin atau pemberian atau janji2 seblm akad nikah, maka itu semua menjadi miliknya. Adapun pemberian stlh akad nikah, maka ia menjadi milik org yg diberi dan org yg paling layak diberi pemberian ialah puterinya atau saudara perempuannya.” HR Ahmad dan Imam Empat kecuali Tirmizi.

Hadis ke-68: 

Dari Alqamah, dari Ibnu Mas’ud: Bahawa dia pernah ditanya ttg seorg lelaki yg kahwin dgn seorg perempuan, ia blm menentukan maskahwin nya dan blm menyetubuhinya, hingga lelaki itu meninggal dunia. Maka Ibnu Mas’ud berkata: Ia berhak mendpt maskahwin spt layaknya perempuan lainnya, tidak kurang dan tidak lebih, dia wajib beriddah dan memperoleh warisan. Muncullah Ma’qil Ibnu Sinan al-Asyja’i dan berkata: Rasulullah saw pernah menetapkan terhadap Bar’wa Bintu Wasyiq (salah seorg perempuan dari kami) spt apa yg engkau ttpkan. Maka gembiralah Ibnu Mas’ud dgn ucapan tersebut. HR Ahmad dan Imam Empat.

Hadis ke-69: 

Dari Jabir Ibnu Abdullah r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Brgsiapa memberi maskahwin berupa tepung atau kurma, maka ia telah halal (dgn wanita tersebut)” HR Abu Daud dan ia memberi isyarat bahawa mauqufnya hadis itu lebih kuat.

Hadis ke-70: 

Dari Abdullah Amir Ibnu Rabi’ah, dari ayahnya, r.a bahawa Nabi saw memperbolehkan nikah dgn seorg perempuan dgn (maskahwin) dua buah sandal. Hadis sahih riwayat Tirmizi dan hal itu masih diperttgkan.

Hadis ke-71: 

Sahal Ibnu Saad r.a berkata: Nabi saw pernah mengahwinkan seorg lelaki dgn seorg wanita dgn maskahwin sebuah cincin dari besi. Riwayat Hakim. Ini merupakan potongan dari hadis pjg yg sudah dibaca di permulaan bab nikah. Ali r.a berkata: Maskahwin itu tidak boleh kurang dari 10 dirham.

Hadis ke-72: 

Dari Uqbah Ibnu Amir r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik maskahwin ialah yg paling mudah.” HR Abu Daud.

Hadis ke-73: 

Dari Aisyah r.a bahawa Amrah Bintu al-Jaun berlindung dari Rasulullah saw ketika ia dipertemukan dgn beliau (yakni ketika beliau menikahinya). Baginda bersabda: “Engkau telah berlindung dgn benar.” Lalu beliau menceraikannya dan memerintahkan Usamah utk memberinya 3 potong pakaian. Riwayat Ibnu Majah.

Hadis ke-74: 

Asal cerita tersebut dari kitab Sahih Bukhari dari hadis Abu Said al-Sa’idy.

Hadis ke-75: 

Dari Anas Ibnu Malik r.a bahawa Nabi saw pernah melihat bekas kekuningan pada Abdurrahman Ibnu Auf. Lalu beliau bersabda: “Apa ini?”. Ia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah menikahi seorg wanita dgn maskahwin senilai satu biji emas. Beliau bersabda: “Semoga Allah memberkati mu, selenggarakanlah walimah walaupun hanya dgn seekor kambing” Mt Alaihi.

Hadis ke-76: 

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apb seorg di antara kamu diundang ke walimah, hendaknya ia menghadirinya.” Muttafaq Alaihi. Menurut riwayat Muslim: “Apb salah seorg di antara kamu mengundang saudaranya, hendaknya ia memenuhi undangan tersebut, baik itu walimah pengantin atau semisalnya.

Hadis ke-77: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sejahat2nya makanan ialah makanan walimah, dia ditolak org yg dtg kpdnya dan mengundang org yg tidak diundang. Maka brgsiapa tidak memenuhi undangan tersebut, dia telah durhaka kpd Allah dan Rasul-Nya” HR Muslim.

Hadis ke-78: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apb seorg di antara kamu diundang hendaknya ia memenuhi undangan tersebut, jika dia sdg puasa hendaknya ia mendoakan dan jika dia tidak puasa hendaknya dia makan” HR Muslim.

Hadis ke-79: 

Muslim juga meriwayatkan hadis serupa dari hadis Jabir, beliau bersabda: “Ia boleh makan atau tidak.”

Hadis ke-80: 

Dari Ibnu Masud r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Makanan walimah pada hari pertama adalah layak, pada hari ke2 adalah sunnah dan pada hari ke3 adalah sum’ah (ingin mendpt pujian dan nama baik). Brgsiapa ingin mencari pujian dan nama baik, Allah akan menjelekkan namanya” HR Tirmizi.

Hadis ke-81: 

Ada hadis saksi riwayat Ibnu Majah dari Anas.

Hadis ke-82: 

Shafiyyah Binti Syaibah r.a berkata: Nabi saw mengadakan walimah terhadap sebahagian isterinya dgn dua mud syair. HR Bukhari.

Hadis ke-83: 

Anas berkata: Nabi saw pernah berdiam selama 3 mlm di daerah antara Khaibar dan Madinah utk bermlm bersama Shafiyyah (isteri baru). Lalu aku mengundang kaum muslimin menghadiri walimahnya. Dlm walimah itu tak ada roti dan daging. Yg ada ialah beliau menyuruh membentang kan tikar kulit. Lalu ia dibentangkan dan di atasnya diletakkan buah kurma, susu kering dan samin. Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut Bukhari.

Hadis ke-84: 

Salah seorg sahabat Nabi saw berkata: Apb dua org mengundang secara bersamaan, maka penuhilah org yg paling dkt pintu (rumah)nya. Jika salah seorg di antara mrk mengundang terlebih dahulu, maka penuhilah undangan yg lebih dahulu. Riwayat Abu Daud.

Hadis ke-85: 

Dari Abu Jahnah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Aku tidak makan dgn bersandar” HR Bukhari.

Hadis ke-86: 

Umar Ibnu Salamah berkata: Rasulullah saw bersabda kpdku: “Wahai anak muda, bacalah bismillah dan makanlah dgn tgn kananmu dan apa yg ada di sekitarmu.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-87: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa ada seseorg dtg kpd Nabi saw membawa talam berisi roti bercampur kuah. beliau bersabda: “Makanlah dari tepi2nya dan jgn makan dari tengahnya krn berkat itu turun di tengahnya.” HR Imam Empat.

Hadis ke-88: 

Abu Hurairah berkata: Rasulullah saw tidak pernah mencela makanan sama sekali. Jika beliau menginginkan sesuatu, beliau memakannya dan jika beliau tidak menyukainya, beliau meninggalkannya. Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-89: 

Dari Jabir r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Jgnlah kalian makan dgn tgn kiri sbb syaitan itu makan dgn tgn kiri” HR Muslim.

Hadis ke-90: 

Dari Abu Qatadah r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Apb salah seorg di antara kamu minum, jgnlah ia bernafas di dlm cawan” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-91: 

Abu Daud meriwayatkan hadis serupa dari Ibnu Abbas r.a dgn tambahan: “Dan meniup di dlmnya” HR Tirmizi.

Hadis ke-92: 

Aisyah r.ha berkata: Rasulullah saw selalu membagi giliran terhadap para isterinya dgn adil. Beliau bersabda: “Ya Allah, inilah pembhgku sesuai dgn yg aku miliki, maka jgnlah Engkau mencela dgn apa yg Engkau miliki dan aku tidak memiliknya” HR Imam Empat.

Hadis ke-93: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Brg siapa memiliki 2 org isteri dan dia condong kpd salah satunya, dia akan dtg pada hari kiamat dgn tubuhnya miring” HR Ahmad dan Imam Empat.

Hadis ke-94: 

Anas r.a berkata: Menurut sunnah, apb seseorg kahwin lagi dgn seorg gadis hendaknya ia berdiam dgnnya 7 hari, kemudian membagi giliran dan apb dia kahwin lagi dgn seorg janda hendaknya ia berdiam dgnnya 3 hari, kemudian membagi giliran.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-95: 

Dari Ummu Salamah r.a bahawa ketika Nabi saw menikahinya, beliau berdiam dgnnya selama 3 hari dan beliau bersabda: “Sesungguhnya engkau di dpn suamimu bukanlah hina, jika engkau mau aku akan memberi mu (giliran) 7 hari, namun jika aku memberimu 7 hari, aku juga harus memberi 7 hari kpd isteri2ku” HR Muslim.

Hadis ke-96: 

Dari Aisyah r.ha bahawa Saudah Binti Zamah pernah memberikan hari gilirannya kpd Aisyah. Maka Nabi saw memberi giliran kpd Aisyah pada harinya dan pada hari Saudah. Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-97: 

Dari Urwah r.a bahawa Rasulullah saw berkata: Wahai anak saudara perempuanku, Rasulullah saw tidak mengistimewakan sebahagian kami atas sebhg yg lain dlm pembhg giliran tinggalnya bersama kami. Pada siang hari beliau berkeliling pada kami semua dan menghampiri setiap isteri tanpa menyentuhnya hingga beliau smpi pada isteri yg menjadi gilirannya, lalu beliau bermlm padanya. HR Ahmad dan Abu Daud.

Hadis ke-98: 

Aisyah r.a berkata: Apb Rasulullah saw solat Asar, beliau berkeliling ke isteri2nya, kemudian menghampiri mrk. HR Muslim.

Hadis ke-99: 

Dari Aisyah r.ha bahawa Rasulullah saw pernah bertanya ketika beliau sakit yg menyebabkan wafatnya: “Dimana giliranku besok?” Beliau menginginkan hari giliran Aisyah dan isteri2nya mengizinkan apa yg beliau kehendaki. Maka beliau berdiam di tmpt Aisyah. Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-100: 

Aisyah r.ha berkata: Rasulullah saw bila ingin bepergian, beliau mengundi antara isterinya, maka siapa yg undiannya keluar, beliau keluar bersamanya. Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-101: 

Dari Abdullah Ibnu Zam’ah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Jgnlah seseorg di antara kamu memukul isterinya spt ia memukul hamba” HR Bukhari.

Hadis ke-102: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa isteri Tsabit Ibnu Qais menghadap Nabi saw dan berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak mencela Tsabit Ibnu Qais, namun aku tidak suka durhaka (kpd suami) stlh masuk Islam. Lalu Rasulullah saw bersabda: “Apakah engkau mau mengembalikan kebun kpdnya?” Dia menjawab: Ya. Maka Rasulullah saw bersabda (kpd Tsabit Ibnu Qais): “Terimalah kebun itu dan ceraikan lah dia sekali talak” HR Bukhari.

Hadis ke-103: 

Menurut riwayat Abu Daud dan hadis hasan Tirmizi: bahawa isteri Tsabit Ibnu Qais meminta cerai kpd beliau, lalu beliau menetapkan masa iddahnya satu kali masa haid.

Hadis ke-104: 

Menurut riwayat Ibnu Majah dari Syuaib, dari ayahnya, dari datuknya r.a: Bahawa Tsabit Ibnu Qais itu jelek rupanya dan isterinya berkata: Seandainya aku tidak takut murka Allah, jika dia masuk ke kamarku, aku ludahi wajahnya.

Hadis ke-105: 

Menurut riwayat Ahmad dari hadis Sahal Ibnu Abu Hatsmah: Itu adalah permintaan cerai yg pertama dlm Islam.

Hadis ke-106: 

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Perbuatan halal yg paling dibenci Allah ialah cerai” HR Abu Daud dan Ibnu Majah.

Hadis ke-107: 

Dari Ibnu Umar bahawa ia menceraikan isterinya ketika sdg haid pada zaman Rasulullah saw Lalu Umar menanyakan hal itu kpd Rasulullah saw dan beliau bersabda: “Perintahkan agar ia kembali padanya, kemudian menahannya hingga masa suci, lalu masa haid dan suci lagi. Stlh itu bila dia menghendaki, dia boleh menahannya terus menjadi isterinya atau menceraikannya seblm bersetubuh dgnnya. Itu adalah masa iddahnya yg diperintahkan Allah utk menceraikan isteri.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-108: 

Menurut riwayat Muslim: “Perintahkan ia agar kembali kpdnya, kemudian menceraikannya ketika masa suci atau hamil.”

Hadis ke-109: 

Menurut riwayat Bukhari yg lain: “Dan dianggap sekali talak.”

Hadis ke-110: 

Menurut riwayat Muslim, Ibnu Umar berkata (kpd org yg bertanya kpdnya): Jika engkau mencerainya dgn sekali atau dua kali talak, maka Rasulullah saw menyuruhku utk kembali kpdnya, kemudian aku menahannya hingga sekali masa haid lagi, lalu aku menahannya hingga masa suci, kemudian baru menceraikannya seblm menyetubuhinya. Jika engkau menceraikannya dgn 3 talak, maka engkau telah durhaka kpd Tuhanmu ttg cara menceraikan isteri yg diperintahkan kpdmu.

Hadis ke-111: 

Menurut suatu riwayat lain bahawa Abdullah Ibnu Umar berkata: Lalu beliau mengembalikan kpdku dan tidak menganggap apa-apa (talak tersebut). Beliau bersabda: “Bila ia telah suci, ia boleh menceraikannya atau menahannya.

Hadis ke-112: 

Ibnu Abbas r.a berkata: Pada masa Rasulullah saw, Abu Bakar dan dua tahun masa khalifah Umar talak 3 kali itu dianggap satu. Umar berkata: Sesungguhnya org2 tergesa2 dlm satu hal yg mestinya mrk harus bersabar. Seandainya kami ttpkan hal itu terhadap mrk, maka ia menjadi kettpan yg berlaku atas mrk. HR Muslim.

Hadis ke-113: 

Mahmud Ibnu Labid r.a berkata: Rasulullah saw pernah diberi tahu ttg seseorg yg mencerai isterinya 3 talak dgn sekali ucapan. Beliau berdiri amat marah dan bersabda: “Apakah dia mempermainkan kitab Allah padahal aku masih berada di antara kamu?”. Smpi seseorg berdiri dan berkata: “Wahai Rasulullah, apakah aku harus membunuhnya” HR Nasai.

Hadis ke-114: 

Ibnu Abbas r.a berkata: Abu Rakanah pernah menceraikan Ummu Rakanah. Lalu Rasulullah saw bersabda padanya: “Kembalilah pada isterimu.” Ia berkata: Aku telah menceraikannya 3 talak. Beliau bersabda: “Aku sudah tahu, kembalilah kpdnya” HR Abu Daud.

Hadis ke-115: 

Dlm suatu lafaz riwayat Ahmad: Abu Rakanah menceraikan isterinya dlm satu tmpt 3 talak, lalu dia kasihan padanya. Maka Rasulullah saw bersabda kpdnya: “Yg demikian itu satu talak.” Dlm dua sanadnya ada Ibnu Ishaq yg masih diperttgkan.

Hadis ke-116: 

Abu Daud meriwayatkan dari jln lain yg lebih baik dari hadis tersebut: Bahawa Rakanah menceraikan isterinya, Suhaimah, dgn talak putus (talak 3). Lalu berkata: Demi Allah, aku tidak memaksudkannya kecuali satu talak. Maka Nabi saw mengembalikan isterinya kpdnya.

Hadis ke-117: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “3 hal yg bila dikatakan dgn sungguh akan jadi dan bila dikatakan dgn gurauan akan jadi, iaitu: nikah, talak dan rujuk (kembali ke isteri lagi).” Riwayat Imam Empat kecuali Nasai.

Hadis ke-118: 

Menurut Hadis dhaif riwayat Ibnu ‘Adiy dari jln lain: “Iaitu: talak, memerdekakan hamba dan nikah.”

Hadis ke-119: 

Menurut Hadis marfuq riwayat Harits Ibnu Abu Usamah dari hadis Ubadah Ibnu al-Shomit r.a: “Tidak dibolehkan main-main dgn 3 hal: talak, nikah dan memerdekakan hamba. Brgsiapa mengucapkannya maka jadilah hal-hal itu.”

Hadis ke-120: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mengampuni apa-apa yg tersirat dlm hati umatku selama mrk tidak melakukan atau mengucapkannya.” Muttafaq Alaihi

Hadis ke-121: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Sesungguh nya Allah mengampuni dari umatku kesalahan, kealpaan, apa-apa yg mrk dipaksa melakukannya.” HR Ibnu Majah dan Hakim.

Hadis ke-122: 

Ibnu Abbas berkata: Apb seseorg mengharamkan isterinya, maka hal itu tidak apa-apa. Dia berkata: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw suri tauladan yg baik utkmu. HR Bukhari.

Hadis ke-123: 

Menurut riwayat Muslim dari Ibnu Abbas: Apb seseorg mengharamkan isterinya maka itu bererti sumpah yg harus dibayar dgn kafarah.

Hadis ke-124: 

Dari Aisyah r.ha bahawa tatkala puteri Al-Jaun dimasukkan ke kamar (pengantin) Rasulullah saw dan beliau mendktinya, ia berkata: Aku berlindung kpd Allah darimu. Beliau bersabda: “Engkau telah berlindung kpd Yg Maha Agung, kembalilah kpd keluargamu” HR Bukhari.

Hadis ke-125: 

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tiada talak kecuali stlh nikah dan Tiada pemerdekaan hamba kecuali stlh dimiliki” HR Abu Yala.

Hadis ke-126: 

Ibnu Majah meriwayatkan hadis serupa dari al-Miswar Ibnu Mahrahmah, sanadnya hasan namun ia juga maklul.

Hadis ke-127: 

Dari Amar Ibnu Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: Tidak sah anak Adam (manusia) bernazar dgn apa yg bukan miliknya, memerdekakan hamba dgn hamba yg bukan miliknya dan menceraikan isteri yg bukan miliknya.” Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Hadis ke-128: 

Dari Aisyah r.ha bahawa Nabi saw bersabda: “Pena diangkat dari 3 org (malaikat tidak mencatat apa-apa dari 3 org), iaitu: org tidur hingga dia bangun, anak kecil hingga ia dewasa dan org gila hingga dia siuman” HR Ahmad dan Imam Empat kecuali Tirmizi.

Hadis ke-129: 

Imran Ibnu Hushain r.a pernah ditanya ttg org yg bercerai kemudian rujuk lagi tanpa menghadirkan saksi. Ia berkata: Hadirkanlah saksi utk mentalaknya dan merujuknya. HR Abu Daud.

Hadis ke-130: 

Baihaqi meriwayatkan dgn lafaz: Bahawa Imran Ibnu Hushain r.a ditanya ttg seseorg yg merujuk isterinya dan tidak menghadirkan saksi. Ia berkata: Itu tidak mengikuti sunnah, hendaknya ia menghadirkan saksi skrg. Tabrani menambahkan dlm suatu riwayat: Dan memohon ampunan Allah.

Hadis ke-131: 

Dari Ibnu Umar r.a bahawa ketika dia menceraikan isterinya, Nabi saw bersabda kpd Umar: “Perintahkanlah dia agar merujuknya kembali.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-132: 

Aisyah r.a berkata: Rasulullah saw pernah bersumpah menjauh kan diri dari isteri2nya dan mengharamkan berkumpul dgn mrk. Lalu beliau menghalalkan hal yg telah diharamkan dan membayar kafarah krn sumpahnya. Riwayat Tirmizi dan para perawinya dpt dipercaya. Ibnu Umar r.a berkata: Jika telah lewat masa 4 bln, berhentilah org yg bersumpah ila’ hingga ia mentalak nya dan talak itu tidak akan jatuh seblm ia sendiri yg mentalaknya. HR Bukhari. Sulaiman Ibnu Yassar r.a berkata: Aku mendptkan belasan org sahabat Rasulullah saw, mrk semua menghentikan org yg bersumpah dgn ila’. HR Syafie. Ibnu Abbas berkata: masa ila’ org jahiliyyah dahulu ialah setahun dan 2 tahun lalu Allah menentukan masanya 4 bln, bila kurang dari empat bln tdak termasuk ila’. HR Baihaqi.

Hadis ke-133: 

Dari dia r.a bahawa ada seseorg mengucapkan dhihar kpd isterinya, kemudian ia bercampur dgn isterinya. Dia menghadap Nabi saw dan berkata: Sungguh aku telah bersetubuh dgnnya seblm membayar kafarah. Beliau bersabda: “Jgn mendktinya hingga engkau melaksanakan apa yg diperintahkan Allah kpdmu.” HR Imam Empat. Hadis sahih menurut Tirmizi dan mursal menurut tarjih Nasai. Al-Bazzar juga meriwayatkannya dari jln lain dari Ibnu Abbas r.a dgn tambahan di dlmnya: “Bayarlah kafarah dan jgn engkau ulangi.”

Hadis ke-134: 

Salamah Ibnu Shahr r.a berkata: Bln Ramadan dtg dan aku takut berkumpul dgn isteriku. Maka aku mengucapkan dhihar kpdnya. Namun ter singkaplah bahagian tubuhnya di dpnku pada suatu mlm, lalu aku berkumpul dgnnya. Maka bersabdalah Rasulullah saw kpdku: “Merdekakanlah seorg hamba.” Aku berkata: Aku tidak memiliki kecuali seorg hambaku. Beliau ber sabda: “Berpuasalah 2 bln berturut2” Aku berkata: Bukankah aku terkena denda ini hanyalah krn berpuasa? Beliau bersabda: “Berilah makan satu faraq (3 sho’ = 7 kg) kurma kpd 60 org miskin. HR Ahmad dan Imam Empat.

Hadis ke-135: 

Ibnu Umar r.a berkata: Si fulan bertanya: Dia berkata, wahai Rasulullah, bgmn menurut pendpt baginda jika ada salah seorg di antara kami mendpti isteri dlm suatu kejahatan, apa yg harus diperbuat? Jika dia mencerita kan bererti ia telah menceritakan sesuatu yg besar dan jika ia diam bererti ia telah mendiamkan sesuatu yg besar. Namun baginda tidak menjawab. Stlh itu org tersebut menghadap kembali dan berkata: Sesungguhnya yg telah aku tanyakan pada baginda dahulu telah menimpaku. 

Lalu Allah menurunkan ayat2 dlm surah an-nuur (ayat 6-9) beliau membacakan ayat2 tersebut kpdnya, memberinya nasihat, mengingatkannya dan mem beritahukan kpdnya bahawa azab dunia itu lebih ringan dpd azab akhirat. Org itu berkata: Tidak, Demi Allah yg telah mengutusmu dgn kebenaran, aku tidak berbohong. Kemudian beliau mmggil isterinya dan menasihatinya juga. Isteri itu berkata: Tidak, Demi Allah yg telah mengutusmu dgn kebenaran, dia (suaminya) itu betul2 pembohong. Maka beliau mulai memerintahkan lelaki itu bersumpah 4 kali dgn nama Allah, lalu menyuruh isterinya (bersumpah spt suaminya). Kemudian beliau menceraikan keduanya.

Hadis ke-136: 

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda kpd suami isteri yg saling menuduh: “Perhitungan kamu berdua terserah kpd Allah, salah seorg di antara kamu berdua ada yg berbohong, engkau (suami) tidak berhak lagi terhadap (isteri).” Si suami berkata: Wahai Rasulullah, bgmn dgn hartaku (maskahwin yg telah kubayar)?. Beliau bersabda: “Jika tuduhanmu benar terhadapnya, maka dia telah menghalalkan kehormatannya utkmu; dan jika engkau berdusta, maka maskahwinmu itu menjadi semakin jauh darimu.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-137: 

Dari Anas r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Perhatikanlah dia. Jika ia melahirkan anak berkulit putih dan berambut lurus, anak itu dari suami nya. Jika ia melahirkan anak bercelak mata dan berambut keriting, anak itu dari org yg dituduh suaminya.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-138: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah saw menyuruh seseorg utk meletakkan tgnnya di mulutnya pada kali yg kelima dan bersabda: “Yg kelima itu yg menentukan.” Riwayat Abu Daud dan Nasai.

Hadis ke-139: 

Dari Sahal Ibnu Saad r.a ttg kisah suami isteri yg saling menuduh. Ia berkata: Ketika keduanya telah selesai saling menuduh, si suami berkata: Aku bohong wahai Rasulullah jika aku menahannya. Lalu menceraikan isterinya 3 talak seblm diperintahkan Rasulullah saw. Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-140: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa ada seorg lelaki menemui Rasulullah saw dan berkata: Sesungguhnya isteriku tidak menolak tgn org yg menyentuhnya. Beliau bersabda: “Asingkanlah dia.” Ia berkata: Aku takut perasaanku mengikutinya. Beliau bersabda: “Bersenang2lah dgnnya” HR Abu Daud, Tirmizidan al-Bazzar. Nasai meriwayatkan dari jln lain dari Ibnu Abbas r.a dgn lafaz: Beliau bersabda: “Ceraikanlah dia.” Ia berkata: Aku tidak tahan (berpisah) dgnnya. Beliau bersabda: “Tahanlah dia.”

Hadis ke-141: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa dia mendgr Rasulullah saw bersabda (ketika turun ayat ttg org yg saling menuduh): “Siapapun wanita yg memasukkan lelaki yg bukan dari golongannya, ia tidak berharga sedikitpun di sisi Allah dan tidak akan memasukkannya dlm syurgaNya dan siapapun lelaki yg tidak mengaku anaknya (padahal ia tahu bahawa itu anaknya) Allah akan menutup rahmat darinya dan mempermalukannya di hadapan pemimpin org2 terdahulu dan yg akan dtg” HR Abu Daud, Nasaidan Ibnu Majah. Umar r.a berkata: Brgsiapa mengaku anaknya walaupun sekejap mata, maka tiada hak baginya utk mencabutnya” HR Baihaqi.

Hadis ke-142: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seseorg berkata: Wahai Rasulullah, isteriku telah melahirkan seorg anak yg hitam. Beliau bersabda: “Apakah engkau mempunyai unta?”. Dia menjawab: Ya. Beliau bertanya: “Apakah warnanya?” Ia menjawab: Kemerahan. Beliau bertanya: “Adakah yg berwarna kelabu?” Ia menjawab: Ya. Beliau bertanya: “Dari mana boleh begitu?” Ia menjawab: Mungkin ditarik keturunannya. Beliau bersabda: “Brgkali anakmu ini ditarik keturunannya dahulu.” Muttafaq Alaihi. Dlm riwayat Muslim: Dia menginginkan tidak mengakuinya. Di akhir hadis ini dikatakan: Beliau tidak mengizinkan org itu mengingkari anaknya.

Hadis ke-143: 

Dari al-Miswar Ibnu Makhramah bahawa Subaiah al-Aslamiyyah r.a melahirkan anak stlh kematian suaminya beberapa mlm. Lalu ia menemui Nabi saw meminta izin utk menikah. Beliau mengizinkannya, kemudian dia nikah. HR Bukhari. Dia melahirkan stlh 40 mlm sejak kematian suaminya. Dlm suatu lafaz riwayat Muslim bahawa Zuhry berkata: Aku berpendpt tidak apa-apa seorg lelaki menikahinya meskipun darah nifasnya masih keluar, hanya saja suaminya tidak boleh menyentuhnya seblm ia suci.

Hadis ke-144: 

Aisyah r.ha berkata: Barirah diperintahkan utk menghitung masa iddah 3 kali haid. HR Ibnu Majah.

Hadis ke-145: 

Dari Sya’by dari Fathimah Ibnu Qais r.ha bahawa Nabi saw bersabda (ttg perempuan yg ditalak 3): “Dia tidak mendpt hak tmpt tinggal dan nafkah.” HR Muslim.

Hadis ke-146: 

Dari Ummu Athiyyah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Jgnlah seorg perempuan berkabung atas kematian lebih dari 3 hari, kecuali atas kematian suaminya ia boleh berkabung 4 bln 10 hari, ia tidak boleh berpakaian warna-warni kecuali kain ‘ashab, tidak boleh mencelak matanya, tidak menggunakan wangi2an, kecuali jika telah suci, dia boleh menggunakan sedikit sund dan adhfar (dua mcm wewangian yg biasa digunakan perempuan utk membersihkan bekas haidnya).” Muttafaq Alaihi dan lafadhnya menurut Muslim. Menurut riwayat Abu Daud dan Nasai ada tambahan: “Tidak boleh menggunakan pacar.” Menurut riwayat Nasai: “Dan tidak menyisir.”

Hadis ke-147: 

Ummu Salamah r.a berkata: Aku menggunakan jadam di mataku stlh kematian Abu Salamah. Lalu Rasulullah saw bersabda: “(Jadam) itu mempercantik wajah, maka jgnlah memakainya kecuali pada mlm hari dan hapuslah pada siang hari, jgn menyisir dgn minyak atau dgn pacar rambut, krn yg demikian itu termasuk celupan (semiran). Aku bertanya: Dgn apa aku menyisir?. Beliau bersabda: “Dgn bidara” HR Abu Daud dan Nasai. Sanadnya hasan.

Hadis ke-148: 

Dari Ummu Salamah r.a bahawa seorg perempuan bertanya: Wahai Rasulullah, anak perempuanku telah ditinggal mati suaminya dan matanya telah benar2 sakit. Bolehkah kami memberinya celak?. Beliau bersabda: “Tidak.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-149: 

Jabir r.a berkata: Saudara perempuan ibuku telah cerai dan ia ingin memotong pohon kurmanya, namun ada seseorg melarangnya keluar rumah. Lalu ia menemui Nabi saw dan beliau bersabda: “Boleh, potonglah kurmamu, sbb engkau mungkin boleh bersedekah atau berbuat kebaikan (dgn kurma itu). HR Muslim.

Hadis ke-150: 

Dari Furai’ah Binti Malik bahawa suaminya keluar utk mencari hamba2 miliknya, lalu mrk membunuhnya. Kemudian aku meminta kpd Rasululah saw agar aku boleh pulang ke keluargaku, sbb suamiku tidak meninggalkan rumah miliknya dan nafkah utkku. Beliau bersabda: “Ya.” Ketika aku sdg berada di dlm kamar, beliau mmggilku dan bersabda: “Tinggallah di rumahku hingga masa iddah.” Ia berkata: Aku beriddah di dlm rumah selama 4 bln 10 hari. Ia berkata: Stlh itu Utsman juga menetapkan spt itu. HR Ahmad dan Imam Empat.

Hadis ke-151: 

Fathimah Binti Qais berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah, suamiku telah mentalakku dgn 3 talak, aku takut ada org mendtgiku. Maka beliau menyuruhnya pindah dan dia kemudian pindah. HR Muslim.

Hadis ke-152: 

Amar Ibnul al-‘Ash r.a berkata: Jgnlah engkau campur-baurkan sunnah Nabi pada kita. Masa iddah Ummul Walad (hamba perempuan yg memperoleh anak dari majikannya) jika ditinggal mati suaminya ialah 4 bln 10 hari. HR Ahmad, Abu Dauddan Ibnu Majah. Aisyah r.ha berkata: (Erti) quru’ itu tidak lain adalah suci. HR Malik.

Hadis ke-153: 

Ibnu Umar r.a berkata: Talak hamba perempuan ialah dua kali dan masa iddahnya dua kali haid. HR Daruquthni dgn marfuq dan iapun menilainya dhaif.

Hadis ke-154: 

Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah juga meriwayatkan dari hadis Aisyah r.ha dan dinilainya sahih oleh Hakim. Namun para ahli hadis menentangnya dan mrk sepakat bahawa ia hadis dhaif.

Hadis ke-155: 

Dari Ruwaifi Ibnu Tsabit r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Tidak halal bagi seseorg yg beriman kpd Allah dan hari akhir menyiramkan airnya pada tanaman org lain” HR Abu Daud dan Tirmizi. Dari Umar r.a ttg seorg isteri yg ditinggal suaminya tanpa berita: Ia menunggu 4 tahun dan menghitung iddahnya 4 bln 10 hari. HR Malik dan Syafie.

Hadis ke-156: 

Dari AlMughirah Ibnu Syubah bahawa Rasulullah saw bersabda: “Isteri yg ditinggal suaminya tanpa berita ttp menjadi isterinya (suami yg pergi itu) hingga dtg kpdnya berita” HR Daruquthni.

Hadis ke-157: 

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: Jgnlah sekali2 seorg lelaki bermlm di rumah seorg perempuan kecuali ia kawin atau sbg mahram.” Riwayat Muslim.

Hadis ke-158: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Jgn sekali2 seorg lelaki menyepi bersama seorg perempuan kecuali bersama mahramnya.” HR Bukhari.

Hadis ke-159: 

Dari Abu Said r.a bahawa Nabi saw bersabda ttg tawanan wanita Authas: “Tidak boleh bercampur dgn wanita yg hamil hingga ia melahirkan dan wanita yg tidak hamil hingga dtg haidnya sekali.” HR Abu Daud.

Hadis ke-160: 

Ada hadis saksi riwayat Daruquthni dari Ibnu Abbas r.a.

Hadis ke-161: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Anak itu milik tmpt tidur (suami) dan bagi yg berzina direjam.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-162: 

Demikian juga hadis riwayat Nasai dari Aisyah dlm suatu kisah dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Abu Daud dari Utsman.

Hadis ke-163 dan Hadis ke-164 (kosong)

Hadis ke-165: 

Dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sekali dan dua kali isapan (susuan) itu tidak mengharamkan” HR Muslim.

Hadis ke-166: 

Dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “(Wahai kaum wanita) lihatlah saudara2mu (sepenyusuan), sbb penyusuan itu hanyalah krn lapar.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-167: 

Dari Aisyah r.a berkata: Sahlan Binti Suhail dtg dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Salim, hamba kecil yg telah dimerdekakan Abu Huzaifah, tinggal bersama di rumah kami, padahal ia sudah dewasa. Beliau bersabda: “Susuilah dia agar engkau menjadi haram dgnnya” HR Muslim.

Hadis ke-168: 

Dari Aisyah r.ha bahawa suatu ketika Aflah (saudara Abu Qu’ais) dtg meminta izin utk bertemu dgnnya stlh ada perintah hijab. Aisyah berkata: Aku tidak mengizinkannya. Ketika Rasulullah saw dtg aku beritahukan apa yg telah aku lakukan. Lalu beliau menyuruhku unk mengizinkannya seraya bersabda: “Sesungguhnya dia itu pamanmu (sepenyusuan).” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-169: 

Aisyah r.ha berkata: Ygg diharamkan al-Quran ialah 10 penyusuan yg dikenal, kemudian di hapus dgn lima penyusuan tertentu dan Rasulullah saw wafat ketika keadaan masih ttp sbgmn ayat al-Quran yg dibaca. HR Muslim.

Hadis ke-170: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa dia mengizinkan agar Nabi saw menikahi puteri Hamzah. Beliau bersabda: “Dia itu tidak halal utkku. Dia adalah puteri saudaraku sepenyusuan dan apa yg diharamkan krn nasab (keturunan) juga diharamkan krn penyusuan.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-171: 

Dari Ummu Salamah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak haram krn penyusuan kecuali yg membekas di perut, iaitu seblm anak disapih” HR Tirmizi.

Hadis ke-172: 

Ibnu Abbas r.a berkata: Tiada penyusuan kecuali dlm 2 tahun. HR Daruquthni dan Ibnu ‘Adiy.

Hadis ke-173: 

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tiada penyusuan kecuali yg menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.” Riwayat Abu Daud.

Hadis ke-174: 

Dari Uqbah Ibnu al-Harits bahawa ia telah menikah dgn Ummu Yahya Binti Abu Ihab, lalu dtglah seorg perempuan dan berkata: Aku telah menyusui engkau berdua. Kemudian ia bertanya kpd Nabi saw dan baginda bersabda: “Bgmn lagi, sudah ada org yg mengatakannya.” Lalu Uqbah menceraikannya dan wanita itu kawin dgn lelaki lainnya. HR Bukhari.

Hadis ke-175: 

Dari Ziyad al-Sahmy bahawa Rasulullah saw melarang menyusukan kpd wanita2 bodoh. HR Abu Daud. Hadis tersebut mursal sbb ziyad bukan termasuk sahabat.

Hadis ke-176: 

Aisyah r.ha berkata: Hindun binti Utbah isteri Abu Sufyan masuk menemui Rasulullah saw dan berkata: Wahai Rasulullah, sungguh Abu Sufyan adalah org yg kedekut. Ia tidak memberiku nafkah yg cukup utkku dan anak2ku kecuali aku mengambil dari hartanya tanpa sepengetahuannya. Apakah yg demikian itu aku berdosa? Beliau bersabda: “Ambillah dari hartanya yg cukup utkmu dan anak2mu dgn baik.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-177: 

Thariq alMuharib r.a berkata Ketika kami dtg ke Madinah Rasulullah saw berdiri di atas mimbar berkhutbah di hadapan org2. Beliau bersabda: “Tgn pemberi adalah yg paling tinggi dan mulailah dari org yg menjadi tanggunganmu: ibumu dan ayahmu, saudara perempuan dan lelaki, lalu org yg dkt dgnmu dan yg lebih dkt dgnmu.” Riwayat Nasai.

Hadis ke-178: 

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: “Hamba yg dimiliki wajib diberi makan dan pakaiandan tidak dibebani pekerjaan kecuali yg ia mampu” HR Muslim.

Hadis ke-179: 

Hakim Ibnu Muawiyah al-Qusyairy, dari ayahnya, berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah hak isteri salah seorg di antara kami? Beliau menjawab: “Engkau memberinya makan jika engkau makan dan engkau memberinya pakaian jika engkau berpakaian.” Hadis yg telah tercantum dlm Bab bergaul dgn isteri.

Hadis ke-180: 

Dari Jabir r.a dari Nabi saw (dlm sebuah hadis ttg haji yg pjg) beliau bersabda ttg isteri: “Engkau wajib memberi mrk rezeki dan pakaian yg baik” HR Muslim.

Hadis ke-181: 

Dari Abdullah Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Cukup berdosa org yg membiarkan org yg wajib diberi makan” HR Nasai. Dlm lafaz riwayat Muslim: “Ia menahan memberi makan terhadap org yg dia miliki.”

Hadis ke-182: 

Dari Jabir -hadis marfuq- ttg wanita hamil yg ditinggal mati suaminya, ia berkata: Tiada nafkah baginya. HR Baihaqi.

Hadis ke-183: 

Tiada kewajiban memberi nafkah ini juga terdpt dlm hadis Fathimah Binti Qais riwayat Muslim, spt yg telah lepas.

Hadis ke-184: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tgn yg di atas lebih baik dari tgn yg di bwh, hendaklah seseorg di antara kamu mulai (memberi nafkah) kpd org yg menjadi tanggungannya. Para isteri akan berkata: “Berikan aku makan atau ceraikan aku.” HR Daruquthni.

Hadis ke-185: 

Dari Said Ibnu alMusayyab ttg org yg tidak mampu memberi nafkah isterinya, dia berkata: Mrk diceraikan. Riwayat Said Ibnu Manshur dari Sufyan dari Abu al-Zanad, ia berkata: Aku bertanya kpd Said Ibnu alMusayyab, apakah itu sunnah? Dia berkata: Ya, sunnah. Hadis ini mursal ya kuat. Dari Umar r.a bahawa ia menulis surah kpd komandan militer ttg org2 yg meninggalkan isteri mrk: iaitu agar mrk menuntut dari para suami agar memberi nafkah atau menceraikan. Apb mrk menceraikan, hendaklah mrk memberi nafkah selama mrk dahulu Tiada. HR Syafie dan Baihaqi.

Hadis ke-186: 

Abu Hurairah r.a berkata: Ada seseorg dtg kpd Nabi saw dan berkata: Wahai Rasulullah, aku mempunyai satu dinar?. Beliau bersabda: “Nafkahilah dirimu sendiri.” Ia berkata: Aku mempunyai satu dinar lagi. Beliau bersabda: “Nafkahi anakmu.” Ia berkata: Aku mempunyai satu dinar lagi. Beliau bersabda: “Nafkahi isterimu.” Ia berkata: Aku mempunyai satu dinar lagi. Beliau bersabda: “Nafkahi pembantumu.” Ia berkata lagi: Aku mempunyai satu dinar lagi. Beliau bersabda: “Engkau lebih tahu (siapa yg harus diberi nafkah).” HR Syafie dan Abu Daud. Nasai dan Hakim juga meriwayatkan dgn mendahulukan isteri dpd anak.

Hadis ke-187: 

Bahaz Ibnu Hakim, dari ayahnya dari datuknya r.a berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, kpd siapa aku berbuat kebaikan?. Beliau bersabda: “Ibumu.” Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Beliau bersabda: “Ibumu.” Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Beliau bersabda: “Ibumu.” Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Beliau bersabda: “Ayahmu, lalu yg lebih dkt, kemudian yg lebih dkt” HR Abu Daud dan Tirmizi.

Hadis ke-188: 

Dari Abdullah Ibnu Amar bahawa ada seorg perempuan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini perutkulah yg mengandungnya, susuku yg memberinya minum dan pangkuanku yg melindunginya. Namun ayahnya yg menceraikanku ingin merebutnya dariku. Maka Rasulullah saw bersabda kpdnya: “Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau blm nikah” HR Ahmad dan Abu Daud.

Hadis ke-189: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa seorg perempuan berkata: Wahai Rasulullah, suamiku ingin pergi membawa anakku, padahal ia berguna utkku dan mengambilkan air dari sumur Abu Inabah utkku. Nabi saw bersabda: “Wahai anak laki, ini ayahmu dan ini ibumu, peganglah tgn siapa dari yg engkau kehendaki.” Lalu ia memegang tgn ibunya dan ia membawanya pergi. HR Ahmad dan Imam Empat.

Hadis ke-190: 

Dari Rafi’ Ibnu Sinan r.a bahawa ia masuk Islam namun isterinya menolak utk masuk Islam. Maka Nabi saw mendudukkan sang ibu di sebuah sudut, sang ayah di sudut lain dan sang anak beliau dudukkan di antara keduanya. Lalu anak itu cenderung mengikuti ibunya. Maka beliau berdoa: “Ya Allah, berilah ia hidayah.” Kemudian ia cenderung mengikuti ayahnya, lalu ia mengambilnya. HR Abu Daud dan Nasai.

Hadis ke-191: 

Dari al-Barra’ Ibnu Azb bahawa Nabi saw telah memutuskan puteri Hamzah agar dipelihara saudara perempuan ibunya. Beliau bersabda: “Saudara perempuan ibu (bibi) kedudukannya sama dgn ibu.” HR Bukhari.

Hadis ke-192: 

Ahmad juga meriwayatkan dari hadis Ali r.a, beliau bersabda: “Anak perempuan itu dipelihara oleh saudara perempuan ibunya krn sesungguhnya ia adalah ibunya.”

Hadis ke-193: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apb pelayan salah seorg di antara kamu dtg membawa makanannya, maka jika tidak diajak duduk bersamanya, hendaknya diambilkan sesuap atau dua suap utknya.” Muttafaq Alaihi.

Hadis ke-194: 

Dari Ibnu Umar bahawa Nabi saw bersabda: “Seorg perempuan disiksa krn seekor kucing yg ia kurung hingga ia mati, lalu ia masuk neraka. Ia tidak memberinya makan dan minum padahal ia mengurungnya. Ia tidak melepaskannya agar makan binatang serangga di tanah.” Muttafaq Alaihi.

Comments

Popular posts from this blog

BULUGHUL MARAM: BAB ZUHUD DAN WARA

TIDUR PENUH BERKAT DAN PAHALA

KHUTBAH RASULULLAH DI ARAFAH