BULUGHUL MARAM: BAB ZIKIR DAN DOA

Hadis No. 1567: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Allah berfirman: Aku selalu bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak menyebutKu.” HR Ibnu Majah.

Hadis No. 1568: 

Dari Muaz Ibnu Jabal r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Amal yg diperbuat anak Adam Tiada yg menyelamatkannya dari azab Allah selain zikir kpdNya.” HR Ibnu Abu Syaibah dan Tabrani.

Hadis No. 1569: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Suatu kaum tidak duduk dlm suatu tmpt utk berzikir kpd Allah kecuali mrk dikelilingi oleh para malaikat dan diliputi rahmat dan Allah menyebut mrk termasuk org2 yg ada di dkt-Nya.” HR Muslim.

Hadis No. 1570: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidaklah suatu kaum itu duduk di suatu tmpt yg tidak digunakan utk berzikir kpd Allah dan membaca selawat Nabi saw kecuali mrk akan ditimpa penyesalan pada hari kiamat.” HR Tirmizi.

Hadis No. 1571: 

Dari Abu Ayyub al-Ansary r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Brgsiapa membaca (yg ertinya: Tiada Tuhan Selain Allah yg Maha Esa tiada sekutu bagiNya segala kerajaan dan puji hanya milikNya dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu) 10 kali, dia spt org yg memerdekakan 14 org dari anak keturunan Ismail (Nabi).” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1572: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Brgsiapa membaca (ertinya, Maha suci Allah dan aku memujiNya) 100 kali dihapuslah segala dosanya walaupun laksana buih air laut.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1573: 

Juwairiyyah Binti al-Harits r.a berkata: Rasulullah saw bersabda kpdku: “Aku telah membaca kalimat mengiringi ucapanmu jika ia ditimbang (pahalanya) dgn apa yg engkau baca hari ini akan sama beratnya iaitu (yg ertinya: Maha suci Allah dan aku memujiNya sebnyk ciptaanNya sejauh redhaNya seberat timbangan ArasyNya dan sebnyk tinta utk menulis kalimatNya).” HR Muslim.

Hadis No. 1574: 

Dari Abu Said al-Khudry r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Bacaan yg kekal dan baik ialah (ertinya, Tiada Tuhan selain Allah Maha Suci Allah Allah Maha besar segala puji milik Allah Tiada daya dan kekuatan kecuali dgn kehendak Allah).” HR Nasai.

Hadis No. 1575: 

Dari Samurah Ibnu Jundab r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Ucapan yg paling disukai Allah itu empat engkau boleh memulainya dgn kalimat mana saja iaitu (ertinya, Maha suci Allah segala puji milik Allah Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha besar).” HR Muslim.

Hadis No. 1576: 

Abu Musa al-Asyari berkata: Rasulullah saw bersabda kpdku: “Wahai Abdullah Ibnu Qais maukah aku tunjukkan kpdmu satu simpanan dari beberapa simpanan syurga? Iaitu (ertinya: Tiada daya dan kekuatan kecuali dgn kehendak Allah)”. Muttafaq Alaihi. Nasai menambahkan: “(ertinya, Tiada tmpt berlari dari Allah kecuali kpdNya)”.

Hadis No. 1577: 

Dari Numan Ibnu Basyir r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya doa adalah ibadah.” Riwayat Imam Empat.

Hadis No. 1578: 

Menurut riwayatnya dlm hadis marfuq dari Anas: Doa adalah inti ibadah.”

Hadis No. 1579: 

Menurut riwayatnya dlm hadis marfuq dari Abu Hurairah r.a: “Tiada sesuatu pun yg lebih mulia di hadapan Allah selain doa.” Hadis sahih menurut Ibnu Hibban dan Hakim.

Hadis No. 1580: 

Dari Anas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Doa antara azan dan qamat tidak akan ditolak.” HR Nasai.

Hadis No. 1581: 

Dari Salman r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Tuhanmu Pemalu dan Pemurah Dia akan malu terhadap hambaNya bila ia mengangkat tgnnya kpdNya lalu Dia mengembalikannya dgn tgn kosong.” HR Imam Empat selain Nasai.

Hadis No. 1582: 

Umar r.a berkata: Rasulullah saw bila mengangkat kedua tgnnya waktu berdoa tidak akan mengembalikannya seblm mengusapkan wajahnya.” HR Tirmizi.

Hadis No. 1583: 

Hadis Ibnu Abbas r.a riwayat Abu Daud dan selainnya yg semuanya menilai bahawa hadis tersebut hasan.

Hadis No. 1584: 

Dari Ibnu Masud bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya org yg paling dkt dgnku pada hari kiamat ialah org yg paling bnyk membaca selawat kpdku.” Riwayat Tirmizi.

Hadis No. 1585: 

Dari Syaddad Ibnu Aus r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Permohonan ampunan (istighfar) yg paling utama ialah seorg hamba membaca (ertinya: Ya Allah Engkaulah Tuhanku Tiada Tuhan selain Engkau yg telah menciptakan diriku aku hambaMu aku selalu berada dlm ikatanMu dan perjanjianMu selama aku mampu aku berlindung kpdMu dari kejahatan yg aku perbuat aku mengaku kpd Mu dgn dosaku maka ampunilah aku sbb tiada yg akan mengampuni dosa selain Engkau).” HR Bukhari.

Hadis No. 1586: 

Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah saw tidak pernah melewatkan kalimat2 ini ketika ptg dan pagi iaitu (ertinya, Ya Allah aku memohon keselamatan dariMu dlm agamaku duniaku keluargaku dan hartaku. Ya Allah tutupilah auratku amankanlah kekhuatiranku jagalah diriku dari dpnku blkgku sebelah kananku sebelah kiriku dan dari atasku. Aku berlindung dgn keagunganMu dari bahaya yg dtg dari bwhku).” HR Nasai dan Ibnu Majah.

Hadis No. 1587: 

Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah saw membaca doa (ertinya: Ya Allah aku berlindung kpdMu dari menghilangnya nikmatMu berpindahnya keselamatanMu kedatgn azabMu yg tiba2 dan dari segala kemurkaanMu).” HR Muslim.

Hadis No. 1588: 

Abdullah Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah saw membaca doa: “(ertinya: Ya Allah aku berlindung kpdMu dari bahaya hutang bahaya musuh dan kemenangan para musuh)”. HR Nasai.

Hadis No. 1589: 

Buraidah r.a berkata: Nabi saw pernah mendgr seseorg berdoa: (ertinya: Ya Allah aku memohon kpdMu dgn wasilah bahawa aku bersaksi bahawa Engkaulah Allah yg tiada Tuhan selain Engkau yg Maha Esa tmpt semua manusia meminta yg tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan dan tiada seorg pun yg menyamaiNya). Lalu Rasulullah saw bersabda: “Ia telah memohon kpd Allah dgn namaNya yg bila diminta dgn nama itu akan memberi dan bila dipanggil akan menjawab.” HR Imam Empat.

Hadis No. 1590: 

Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw bila pagi berdoa: “(ertinya: Ya Allah dgn kekuasaanMu aku memasuki pagi dgn kekuasaanMu aku memasuki ptg dgn kekuasaanMu aku hidup dgn kekuasaanMu aku mati dan kpdMu lah tmpt kembali).” Bila ptg hari beliau juga membaca doa tersebut namun beliau menambahkan: “(Ertinya: dan kpdMu lah tmpt kembali)”. Riwayat Imam Empat.

Hadis No. 1591: 

Anas berkata: Kebnykan doa Rasulullah saw ialah: “(ertinya: Ya Tuhan kami berilah kpd kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari api neraka).” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1592: 

Abu Musa al-Asyary r.a berkata: Nabi saw membaca doa: “(ertinya, Ya Allah ampunilah dosaku kebodohanku keborosanku dlm urusanku dan apa-apa yg Engkau lebih mengetahuinya dpd diriku. Ya Allah ampunilah diriku krn kesungguhanku senda gurauku kesalahanku dan kesengajaanku semuanya itu ada padaku. Ya Allah ampunilah diriku dari dosa yg telah dan aku lakukan apa yg aku sembunyikan apa yg aku tampakkan dan apa yg Engkau lebih mengetahuinya dpd diriku. Engkau yg memajukan Engkau yg mengundurkan dan Engkau berkuasa atas segala sesuatu).” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1593: 

Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw pernah membaca doa: “(Ertinya: Ya Allah perbaikilah agamaku krn ia merupakan pangkal urusan ku perbaikilah duniaku krn ia merupakan penghidupanku perbaikilah akhiratku krn ia merupakan tmpt kembaliku dan jadikanlah hidup sbg kesempatan utk menambah setiap kebaikanku dan jadikanlah mati sbg pelepas diriku dari setiap kejahatan).” HR Muslim.

Hadis No. 1594: 

Anas r.a berkata: Rasulullah saw pernah membaca doa: “(ertinya, Ya Allah manfaatkanlah utk diriku apa yg telah Engkau ajarkan kpdku ajarilah aku dgn apa yg bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rezeki ilmu yg bermanfaat bagiku).” HR Nasai dan Hakim.

Hadis No. 1595: 

Tirmizi meriwayatkan hadis serupa dari Abu Hurairah r.a dan beliau berdoa di ujungnya: “(tambahlah ilmu kpdku segala puji bagi Allah dlm keadaan apapun dan aku berlindung kpd Allah dari keadaan penghuni neraka).” 

Hadis No. 1596: 

Dari Aisyah r.ha bahawa Nabi saw pernah mengajarkan doa kpdnya: “(ertinya, Ya Allah aku memohon kpdMu dari segala kebaikan baik yg cpt maupun lambat apa yg aku ketahui dan apa yg blm aku ketahui. Aku berlindung kpdMu dari segala kejahatan baik yg cpt maupun yg lambat apa yg aku ketahui dan apa yg blm aku ketahui. Ya Allah aku memohon kpdMu dari kebaikan spt yg dimohon hambaMu dan nabiMu. Ya Allah aku memohon kpdMu syurga dan apa yg dpt mendktkan kpdnya baik ucapan maupun amalan. Aku berlindung kpdMu dari neraka dan apa yg dpt mendktkan kpdnya baik ucapan maupun amalan dan aku memohon kpdMu agar Engkau menjadikan setiap keputusan yg Engkau putuskan kpdku itu baik utkku).” HR Ibnu Majah.

Hadis No. 1597: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Dua kalimat yg disenangi Maha Pengasih ringan utk diucapkan dan berat dlm timbangan ialah (ertinya, Mahasuci Allah dan aku memujiNya dan Mahasuci Allah yg Maha Agung).” HR Bukhari dan Muslim.

Comments

Popular posts from this blog

BULUGHUL MARAM: BAB ZUHUD DAN WARA

TIDUR PENUH BERKAT DAN PAHALA

KHUTBAH RASULULLAH DI ARAFAH