BULUGHUL MARAM: BAB ZUHUD DAN WARA

Hadis No. 1497: 

Nu’man Ibnu Basyir r.a berkata: Aku mendgr Rasulullah saw bersabda (dan Nu’man memasukkan dia jarinya ke dlm kedua telinganya): Sesungguhnya yg halal itu jelas dan yg haram pun jelas dan di antara kedua nya ada hal2 yg syubhat yg tidak diketahui oleh kebnykan manusia. 

Brg siapa menjauhinya maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatan nya dan brgsiapa memasuki syubhat ia telah memasuki keharaman spt halnya penggembala yg menggembala di sekitar batas (tanahnya) tidak lama ia akan jatuh ke dlmnya. Ingatlah bhw setiap kepemilikan ada batasnya dan ingat lah bhw batas Allah ialah larangan2Nya. Ketahuilah bhw di dlm tubuh ada segumpal daging jika ia baik seluruh tubuh akan baik jika ia rusak seluruh tubuh akan rusak. Ketahuilah dialah hati. Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1498: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: Celakalah hamba-hamba dinar dirham dan kain beludru. Jika diberi ia rela dan jika tidak diberi ia tidak rela. Riwayat Bukhari.

Hadis No. 1499: 

Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah saw memegang kedua pundakku dan bersabda: Hiduplah di dunia ini seakan-akan engkau org asing atau org yg sdg lewat. Ibnu Umar r.a berkata: Jika engkau memasuki waktu ptg maka jgnlah menunggu pagi; dan jika engkau memasuki waktu pagi jgnlah menunggu waktu ptg, ambillah kesempatana dari masa sihatmu utk masa sakitmu dan dari masa hidupmu utk matimu. HR Bukhari.

Hadis No. 1500: 

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: Brgsiapa menyerupai suatu kaum maka ia termasuk mrk. HR Abu Daud.

Hadis No. 1501: 

Ibnu Abbas r.a berkata: Aku pernah di blkg Rasulullah saw pada suatu hari dan beliau bersabda: Wahai anak muda peliharalah (ajaran) Allah nescaya Dia akan memelihara engkau dan peliharalah (ajaran) Allah nescaya engkau akan mendptkanNya di hadapanmu. Jika engkau meminta sesuatu mintalah kpd Allah dan jika engkau meminta pertolongan mintalah pertolongan kpd Allah. HR Tirmizi.

Hadis No. 1502: 

Sahal Ibnu Saad r.a berkata: Ada seseorg menghadap Nabi saw dan berkata: Tunjukkan kpdku suatu perbuatan yg bila aku melakukannya aku disukai Allah dan manusia. Beliau bersabda: Zuhudlah dari dunia Allah akan mencintaimu dan Zuhudlah dari apa yg dimiliki org mrk akan mencintaimu. HR Ibnu Majah.
Hadis No. 1503: Saad Ibnu Abi Waqash berkata: Aku mendgr Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah mencintai hamba yg bertaqwa yg kaya dan yg tersembunyi. HR Muslim.

Hadis No. 1504: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: Termasuk baiknya keislaman seseorg ialah ia meninggalkan apa yg tidak berguna baginya. HR Tirmizi.

Hadis No. 1505: 

Dari al-Miqdam Ibnu Madikarib bahawa Rasulullah saw bersabda: Anak Adam tidak mengisi suatu tmpt yg lebih jelek dpd perutnya. HR Tirmizi.

Hadis No. 1506: 

Dari Anas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: Setiap anak Adam itu mempunyai kesalahan dan sebaik2 org yg mempunyai kesalahan ialah org2 yg bnyk bertaubat. HR Tirmizi dan Ibnu Majah.

Hadis No. 1507: 

Dari Anas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: Diam itu bijaksana namun sedikit org yg melakukannya. HR Baihaqi.

Comments

Popular posts from this blog

TIDUR PENUH BERKAT DAN PAHALA

KHUTBAH RASULULLAH DI ARAFAH